adventure park semenyih

Bismillah hirrahman nirrahim. Assalamualaikum…Hujung minggu orang Semenyih mencari-cari lokasi nak riadah. Ada yang pergi sehingga ke Tasik Cempaka Bangi, malah ada yang memilih nak ke Bukit Broga. Kali ini kami ke Adventure Park Semenyih, di Eco Hill 2. Ya, lokasi yang sangat damai. Tidak jauh dengan South Greek Eco Hill 2. Sampai sini jam 7.30pagi, ada la sebuah kereta gitu.

APA yang menarik adalah kat sini boleh bawa anak-anak morning walk hirup udara segar. Ya, bawa anak-anak back to nature sangat baik untuk perkembangan dan juga menyahkan elemen negatif dari dalam tubuh anak-anak dan juga kita pun.

Adventure Park Semenyih – Taman mainan dan track yang selesa

Selain ada taman mainan, ada juga obstacle run dan juga flying fox.. orang tak ramai, jadi boleh main dengan sepuasnya.

Orang masih dalam mc ni…cuba kekuatan pinggan dan kesihatan katanya..prepare nak masuk ofis another 3 weeks from now. 🙂
adventure park semenyih  -pelbagai aktiviti boleh buat disini
adventure park semenyih

Pembelajaran tidak formal – dari alam. Anak-anak tidak terikat dengan sesuatu yang nyata.

Umi : Adik daun warna apa?

Adik : Kuning, koko ..hijau..

Wah dah pandai, lepas ni warna pokok boleh warna macam-macam warna tau!

Baca juga : Bukit Broga tempat hiking di Semenyih 🙂

Kata-kata bijaksana

Disini bukan sahaja tempat rekreasi fizikal, tetapi dihidangkan dengan kata-kata bijaksana. Boleh telaah satu persatu, pembelajaran tidak formal.

adventure park semenyih
adventure park semenyih
adventure park semenyih baru

Baca juga : 10 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga.

Kalau nak merasai betapa tenang dan damai – carilah hutan. Pokok-pokok tak berhenti berzikir kepada Allah swt.

Allah SWT berfirman:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( Surat Al Hadid ayat 1).

Kalau minat berbasikal , jangan lupa bawa basikal ya. Memang trackny sangat trail. Huhuuu, kalau berjalan kaki okay lagi. Nak berjalan pun boleh pilih nak lalui mana, sebab disini ada Red Trail, Blue Trail dan Green Trail. 🙂

Okay, kami dah kesini..dah memang akan jadi lokasi pilihan jika kami tidak keluar daerah. Korang bila lagii? 🙂

4 thoughts on “Adventure Park Semenyih ; Tempat riadah ‘SECRET’”
  1. menariknya advanture park nih kak, takde orang sangat memang puas la kalau dapat datang sini… cuma kalau nk ke sini kena awal pagi lah ye… cuma jauh betul dari rumah kami kt ampang tu, ada rezeki nak terjah jugak sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *