Buntu kan, kalau anak-anak asyik tanya, “Umi/Mama/Ibu lepas ni nak p mana?” “Esok cuti kita nak pergi mana?” dan macam-macam soalan lagi menjelang hari minggu. Terus, minggu lepas memang sekolah banyak cuti sebabkan jerebu melanda Selangor.Jadi last minit aku decide nak bawa anak-anak ke Melaka dan salah satu tempat pilihan untuk bawa anak-anak aku pilih The Shore Oceanarium Melaka.
Aku pernah baca yang Huda Halid ada ke sana, jadi daripada review Huda macam sesuai sangat bawa anak-anak kan. So aku pun tanya Huda sekali lagi.
Huda cakap okay, then…apa lagi dari Semenyih pada pagi Jumaat 20/9/2019 kami gerak awal pagi ke Melaka. Dan lokasi pertama kami tuju memang ke The Shore Oceanarium Melaka.
Masa kami sampai masih awal. dalam jam 10pagi. Jadi masih sempat meronda kawasan sekitar. Replika ini ada di kawasan berdekatan pintu masuk ke The Shore Shopping Mall.
Harga Tiket Masuk Oceanarium Melaka
Harga tiket masuk ke sini adalah RM40.00 dewasa dan anak-anak RM30.00. Tarikh kami kesana. masih ada promotion. Jadi anak-anak dapat masuk main ke bahagian VR dengan percuma.
Interactive Touch Pool di Oceanarium Melaka
Okay ni yang nak buat korang teruja. Aku dengan anak-ana pun 100x teruja tau.. rupanya kat dalam Ocenarium Melaka, ada section yang korang boleh sentuh-sentuh manja haiwan kat sini tau.
Ini kali pertama, yes kali pertama aku dengan anaki-anak pegang ” Starfish ” atau pun tapak sulaiman.
Kalau korang pegang starfish, kena make sure ada air kena ada dia tau. Starfish tak boleh tersadai kering tanpa air. Nak pegang kena hati-hati juga.
Ini pula belangkas, boleh pegang cengkerang dia. Hish, biasa kalau di Kuala Perlis ini orang bakar dan makan. Sedap ke tak aku tak pernah rasa. Korang juga boleh touch ikan pari dan ikan yu kat section ini.
Pengembaraan kat Oceanarium Melaka ini diteruskan dengan ke bahagian reptilia dan juga katak. So, anak-anak boleh belajar berkenaan ular dsbnya disini.
Owh ya, masuk kesini, korang akan dibekalkan dengan soalan quiz, kalau berjaya menjawab bakal menerima cenderahati daripada pihak The Shore Oceanarium. Tapi ingat, tak boleh salah lebih dari 2 soalan. Kalau tidak tak dapat hadiah.
Magic Aquarium
Magic Aquarium ini, korang akan perhatikan yang aquarium yang dipenuhi air ini tidak mengalirkan air keluar walaupun ada lubang di tengah. Hukum fizik menjelaskan tentangnya, korang kena masuk dan pelajari sendiri.
Kat sini pengunjung bakal diperkenalkan dengan hidupan seperti ikan cermin, dan hidupan laut seperti rumpai laut dll.
Anak-anak boleh belajar sambil bermain, itu yang penting.
Do and donts :
- Kalau nak masuk ke Oceanarium Melaka ini, make sure korang dan anak-anak dah buang apa yang patut di toilet kat luar. Sebab bila masuk kesini “once masuk ke dalam tak boleh keluar masuk“.
- Makanan dan minum juga pastinya dilarang dibawa masuk kedalam.
Kids VR Zone
Dengan belian tiket di sini, kami dapat free tiket untuk masuk ke bahagian KIDS VR ZONE. VR disini terbaik, anak-anak boleh rasai bagaimana ‘berenang’ dalam laut dalam dan diserang ikan yu.
Pengalaman disajikan kat sini memang terbaik. takkan dapat di tempat lain. Serius bukan anak je teruja, mak pun teruja. Dan dekat Kids VR Zone korang boleh bawa anak-anak mewarna dan ‘lahirkan’ dinasour mereka sendiri.
Baca : HomeStay Di Melaka , Pantai Klebang, Perkahwinan Baba Nyonya di Melaka
Lastly :
Kalau korang nak bawa anak-anak kesini, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di: : The Shore Ocenarium Melaka
Waktu operasi : 10.30 pagi – 9 malam (setiap hari) , tiket akhir dijual pada jam 8.00malam.
Okay, kami dah lalui masa-masa menyeronokkan di The Shore Ocenarium Melaka. Korang kalau datang Melaka, make sure bawa anak-anak kesini tau.
Wahhh menarik ni, nanti ke Melaka boleh bawak anakĀ²!