Perkahwinan Baba Nyonya Melaka – Best Friend Mr Suami

Assalamualaikum, hi semua.. apa khabar? Ehm, Ummi  sikit busy minggu  ni, tapi tak membataskan Ummi menulis. Palig teruja nak cerita expreience pergi ke perkahwinan BABA NYONYA MELAKA. Ini majlis kawan seolah husband. Penuh adat dan tradisi.

Dalam kesibukkan sempat lagi jalan-jalan Melaka last week. Bila ke Melaka, anak-anak paling teruja. Dan Ummi sempat bawa mereka ke Melaka Alive Pirates Adventure Melaka tempat anak mainkan imaginasi .

Sekitar Majlis :

Sepanjang majlis berlangsung ada tarian dipersembahkan untuk tetamu. Sungguh meriah dan mereka juga ada melakukan “cheers” atau doa bagi mereka. Yang bestnya, setelah selesai ucapan ibu ayah pengantin, pengantin akan pergi ke semua meja tetamu dan akan “cheers” untuk  pengantin.

Ya, mereka menggunakan arak, namun bagi kami yang beragama Islam hanya menggunakan air kosong sahaja. Nampak kan, keturunan baba dan nyonya sangat menghargai tetamu yang hadir.

Sedaya upaya mereka cuba meraikan bersama tetamu yang hadir dan ianya sebagai ucapan terima kasih pengantin kepada tetamu.  Ini adab yang mereka baba dan nyonya terapkan dalam kehidupan anak-anak mereka. Serius , kalau sekarang orang Melayu pun jauh beza.

Sejarah

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.

Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.

Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Kacukan budaya boleh terjadi dalam banyak bentuk dan pilih atur, termasuk peminjaman kata-kata dan pengambilan amalan sosial dan kepercayaan dan juga penyesuaian pakaian dan makanan. Corak penghijrahan dan pengaliran kebudayaan di Asia Tenggara telah menjana perkembangan yang tersebut dan lain-lain pada masa dan di tempat yang berlainan. Di bawah keadaan yang tertentu, suatu kumpulan etnik yang baru atau yang dikesan sebagai yang berbeza daripada kumpulan etnik yang ada mungkin muncul. Kumpulan etnik yang dimaksudkan adalah Peranakan Baba Nyonya. Ia terjadi pada abad ke 15 ketika orang Cina tiba di Melaka dan berkahwin campur dengan wanita tempatan.

Kebudayaan peranakan adalah gabungan unik antara kebudayaan Cina dan Melayu dengan campuran daripada penyintesisan unsur kebudayaan Java, Batak, Thai dan British, melambangkan faham pelbagai budaya dan pelakuran lama sebelum terciptanya istilah-istilah itu..Kini, dunia peranakan sudah menghilang.

Majlis Edwin dan Merylynn

Majlis Edwin dan Merylynn diadakan sejak pagi lagi. Pagi tu, seawal jam 7pagi dah siap. Apa tak kalut hantar suami ke rumah pengantin. Mereka nak mulakan acara minum teh tu di rumah pengantin perempuan. Jelous tengok baju Merylynn lawa sangat. Sesekali nak buat photoshoot macam ni lah. Berkenan dengan kebudayaan mereka.

Kedua-dua pihak ibu ayah dan sedara mara seolah memberikan restu kepada mereka berdua. Merek akan beri ibu ayah dan bapa serta mak saudara teh. Tak terkecuali sedara yang beragama Islam. Seronok melihat kebudayaan dan adat serta tertib mereka.

Baba Nyonya Melaka

Majlis Resepsi Perkahwinan Baba Nyonya Melaka 

Majlis perkahwinan Edwin dan Merylynn di adakan di Hatten Hotel Melaka. Ini kali pertama kami di jemout ke Majlis Perkahwinan Baba Nyonya Melaka. Meriah bila aunty-aunty mengenakan pakaian kebaya. Serius lawa gila baju depa. Teruja mak tengok. Kata aunty yang hadir, nyonya betul pakai kain batik tak jahit. Baru class!

Orang muda la ni pakai kain berjahit. hehehe tapi lawak la.. Kebudayaan yang masih diamalkan dan bagus mereka ini, jaga lagi tradisi lama. Gemuk kuruih semua berkebaya cantik jer.

Owh ya, lagi satu masa pagitu ada part best yang berlaku. Hehehe tengok la nih… suami kena denda. Kena pakai rambut pink ..hahaha kesian weh! Dah la rambut pink, kena lalui bawah batang dan buat akrobatik. Sebabnya, denda lewat sampai ke rumah pengantin. Huhuhuu, first time  tengok ada game di Majlis Perkahwinan Baba Nyonya Melaka ini. Serius melucukan.

Adoii, punah!! #adatcina #melaka

A post shared by Muazam Nawawi (@muazamnawawi) on

Dah tengok kan, best weh. Nak masukkan dalam wishlist untuk bersanding atau photoshoot menggayakan baju persalinan Baba Nyonya Melaka. Lawakan.. huhuu, okay lah. Kita jumpa lagi di entry akan datang okay. Nak sambung mimpi disiang hari. hahah

ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS

Majlis Sanding Gaya Orang Perlis .

~Majlis Perkahwinan Platun Mate~

Comments

    1. Post
      Author
  1. Post
    Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge