Wahh..kami dalam mood holiday lagi ini sebenarnya. Hujung minggu lepas, unplan untuk bercuti ke Glory Beach Resort dan Pantai Port Dickson. Memang tak plan. Sabtu lepas, Ummi kerja sebagai pegawai bertugas JSPT, bawa anak-anak ke pejabat. Sebabnya, abah depa ada aktiviti Mara Lasak dan berbasikal.

Balik tu , dah sampai rumah jam 9malam. Letih memang lah letih. Rasa tepu dah kepala hotak ini. Jadi, dalam masa sama plan sorang-sorang nak ajak keluarga bercuti. Balik tu terus beli sardin, jadi tak jadi lain cerita. Yang penting masak jer dulu. Balik tu, lepas dah siap masak. Barulah cari hotel, cari guna TRAVELOKA, gunakan juga BOOKING.COM. Online juga membantu. Serius harga murah kalau beli online. Ada juga call Glory Beach Resort terus, harga memang depa up sakan. Jadi, kalau korang nak cuti, tempah jer hotel menggunakan online tau!

Pagi Ahad- perjalanan ke Pantai Port Dickson

Perjalanan kami bermula seawal 7pagi. Ini dah habis awal. Bukan apa pagi tu bangun goreng bihun kosong untuk bawa bekal berkelah dulu. Jimat wang dan pasti makanan yang kita masak sendiri kita puas hati bagi anak-anak makan.

Kami sampai PD jam 830pagi Dapatlah berteduh di pondok yang hanya kami perlu bayar hanya Rm3 untuk masuk kawasan tersebut. Kira okay sangat la untuk kos maintenance depa cuci kawasan.

Air masih tinggi masa sampai. Syok sangat. Bersih pantai PD. Tak semacam masa dulu kami mai, teruk. Tapi tak surelah kot kami sampai pagi, masih belum tercemar. Bukan maib seronok. Yang nak hilangkan tepu mak, yang seronok terlebih anakanda semua Huhuuu, mak-mak kena redha jer la. Kita datang nak berehat dalam masa sama jadi pembantu depa.

Ummi memang nak terjun air laut. Nak main dengan alam. Badan ini rasa dah penat sangat, sesekali kena touch earth untuk pijak bumi. Serius, hilang semua rasa blurr, tepu dan rasa yang tak dapat nak explain tu.

Glory Beach Resort tempat kami menginap

Ha.. sini memang tempat favourite. Sebabnya disini ada tempat mandi manda yang anak-anak suka. Keselamatan serius okay sangat. So boleh la kalau korang nak stay kat sini. Yang penting anak-anak suka. Kami sampai Glory Beach Resort pun dah pukul 3pm.

Sebelum check in , kami pekena laksa dulu kat area depan IPD Port Dickson

Lepas check in, rehat sekejap. Terus pergi mandi manda, daripada jam 4petang sampailah jam 6petang. Seronok berendam.

Malam?? Haaa..sebab dah letih main air, semua lena lepas maghrib. So me time sunggub lepas tu. Masa untuk mak bapak having precious time pula. hahahaa , feeling ala-ala percutian romantis di balkony menghadap laut dan angin sepoi-sepoi bahasa. 😍😍😍.

Kali ini mandi sungguh, semua layan je.. tak ada yang angkat tangan menyerah kalah!! Adik dengan kakak pun layan jer mandi. Barulah best.. dulu masa pergi Glory Beach Resort Cherating, masing-masing kecik lagi memang tak berapa layan. So ini kali, semua dah cerah mata..syoklH melayan mandi kolam. Terjun ,selam.. semualah depa buat. Besttt..

Kali ini mandi sungguh, semua layan je.. tak ada yang angkat tangan menyerah kalah!! Adik dengan kakak pun layan jer mandi. Barulah best.. dulu masa pergi Glory Beach Resort Cherating, masing-masing kecik lagi memang tak berapa layan. So ini kali, semua dah cerah mata..syoklH melayan mandi kolam. Terjun ,selam.. semualah depa buat. Besttt..

Itulah short vacation kami hujung minggu lepas. Short vacay, but that’s only precious time we had together. Loveee it. Next nak pergi lagi.. tunggu lepas raya la pulak. 😎

5 thoughts on “Unplan untuk bercuti ke Glory Beach Resort”
    1. Boleh mandi, tapi syok lagi mandi kolam. Lagu satu..kalau nak mandi teluk kemang the best..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *