Family Day JSPT 2017 Di Glory Beach Resort Pd Meriah mlm

Assalamualaikum.Hi semua😍🏊😴🏊 mood bercuti lagi ni. Lama sangat rasanya tidak update blog.

Ummi salah seorang urusetia induk bagi Hari Keluarga JSPT, iaitu Jabatan Ummi. Jadi memang sibuk dari awal sehingga selesai program.

Pendaftaran Dan Aktiviti Hari Pertama

Hari pertama kami mulakan pendaftaran semua peserta jam 230petang. Kalut sikit sebab hotel hanya benarkan masuk bila bilik kosong. Kalau bilik kosong dan dapat disiapkan awal, maka dapatlah masuk awal. Kami Ajk terpaksa mulakan pertandinganewarna pun dalam jam 3petang. Sebabnya prtsng tu akan diadakan acara pantai pula.

Ummi bertuah ada ajk cawangan Ummi yang sangat komited membantu. Tanpa gaji tapi kerja tip top. Serius bersyukur dengan kerjasam mereka semuanya lancar. Terima kasih kepada Huda, Nurul yang memboyot pun semangat membantu, Balqis dan juga Muhaizan, Nadia serta Syida dan En Manaf. Kerjasama korang saya akan ingat sampai bila-bila.

Seronok bergambar mak dia! Nak tahu, tak berapa lama lepas ambil gambar , adik jatuh kerusi. Mengantuk satu hal, itu yang lalok. Sabar jer Ummi, terus la hantar ke bilik bagi Abah jaga. Terus Ummi dapat teruskan kerja dengan kawan-kawan.

Petangnya pula kami adakan aktiviti pantai. Masa aktiviti pantai kami jadi pemerhati sahaja. Sukan ini untuk kaum ayah. Jadi mak-mak dan anak-anak jadi penyokong kuat.

Pengarag JSPT SAC Sharul Othman Bin Mansor mencemar pangkat untuk bersama meraikan Family Day JSPT 2017. Eh..dah kenapa semua orang buka baju? Ketika ini ada game bola sepak, betul juga cakap pengarah kalau keduanya pakai baju bagaimana nak kenal pasti team. Terus satu team di arahkan untuk berlengging.huhuu..tutup mata lekaih😁😁.

Makan Malam Family Day JSPT 2017

Makan malam kali ini daripada tema BBQ , Ummi terpaksa pilih menu biasa. Namun begitu masih menarik dan sedap makanan yang disajikan. Puas hati sangat. Malam tersebut kami di sajikan dengan nyanyian lagu @ pertandingan karoeke. Dan penutup majlis di umumkan SI RAZALI sebagai juara. Untung badan dapat tiket ke Hong Kong ..wow..untung badan.

Selesai majlis malam tersebut kira-kira 12.00malam juga. Huhuu penat juga tapi memang best. Along dapat hadiah hamper kerana menang tempat ketiga mewarna. Tahniah Along.

Okaylah, Ummi sajikan video ini untuk kalian. Nanti Ummi update perkara best hari kedua sepanjang program kami. Bye

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge