Mood beraya masih lagi ada.. setiap kali tiba hujung minggu makin meriah dengan undangan rumah terbuka. Kali ini Ummi nak share kisah raya 2018 kami di kampung Bukit Keteri, Perlis. Tanah kelahiran seorang insan bernama NOORAINI BINTI ALI.

Kami tiba di kampung pada sehari sebelum hari raya. Tahun ini tak berkesempatan untuk kacau pulut dan buat ketupat dengan mak. Sampai pun dah petang. Semua telah tersiap sedia mak uruskan. Beberapa hari sebelumnya, mak dah sembelih ayam kampung 8-9ekor, dengan bantuan  daripada sepupu dan anak sedara iaitu Kak Na, Dik Zan dan Akram. Jadi kami balik kampung, semua dah tersedia.

Perbelanjaan Dapur Sempena Rumah Terbuka Raya 2018

Awal lagi Ummi dah kirimkan belanja untuk mak. Adik pun ada bagi belanja untuk mak belikan daging dan pelbagai kelengkapan lain. Senang zaman la ni, masuk duit terus. Mak pula ada lah pembantu di kampung yang boleh keluarkan duit untuk dia di kampung.

Kisah Malam Dan Pagi Raya

Malam raya malam paling happening. Tapi kami ini sempat lagi pergi Arau ke Kedai Hari-Hari,cari songkok murah-murah untuk 3 jejaka teruna.

Sebab apa beli last minit? Ehm.. sebelum tu kan sibuk kerja… jadi dah survey area Jalan Tar, sebiji songkok Rm22 – Rm25. Membazir beli yang mahal-mahal. Pakai sekejap je, lepas raya pakai juga tapi budak-budak ini pakai bukan reti cermat sangat. Sayang duit!

Kisah Malam Raya Tidak Berulang

Ini kisah tahun lepas. Danial baju terkoyak kena seterika, manakala kami pula lain ceritanya. Ehmm..salah Ummi juga tahun  lepas, seluar anak-anak ada yang tertinggal di Semenyih. Seluar Along yang tertinggal tu. Apa tidaknya, malam raya  pergi shopping baju raya baru di Bulatan Jubli Emas , Kangar Perlis. Maka dapatlah  persalinan baru bagi pagi raya. Macam-macam kan!! Pening mak!

Pagi Raya 2018

Ini hadiah sempena birthday Mak 2Jan2018 – Telekung Siti Khadijah

Tahun ini semua steady. Keluarga kami okay, keluarga Abang Cik okay! Tidak berulang lagi kisah duka tahun lepas🤣.

Jadi, pagi raya semua dah siap sedia untuk solat sunat hari raya.

Kami semua ke masjid untuk tunaikan solat sunat Aidilfitri. Rasa kerinduan pada arwah ayah. 😭😭😭.

Selepas raya, kami dah plan untuk beraya kerumah saudara mara.

Gembiranya Kakak Melawat Tok Lang.

Maka, selepas solat sunat kami ke beberapa rumah. Memandangkan hari tu solat Jumaat, jadi kami bergerak ke rumah sedara yang jauh pada petang jam 3petang.

Sampailah selepas isyak, kami sampai kerumah. Letih yang amat.

Tapi balik jer rumah, terus solat dan masa tulah nak tumis kuih kari, dan rebus sup daging.

malam raya 2018 di Perlis
Sambil tunggu sup dan kari ayam masak, Pak Cik Melayan Anak Sedara

Raya kedua kami buat open house. Cuti pendek, maka open house yang akan mengumpulkan adik beradik kami. Terdiri daripada bapa saudara, sepupu sepapat dan juga anak-anak sedara.

Setakat ini kita story kisah raya. Open house entry akan datang pula okay! bye..

2 thoughts on “Kisah Malam Dan Pagi Raya Aidilfitri Di Perlis 2018 Tiada Lagi Drama Kisah Baju”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *