Kisah Nak Raya 2018 dan Op Selamat Sempena Aidilfitri 2018 Sebagai Insan Bergelar Polis ,Ibu Dan Isteri

Selamat balik kampung. Wah rasa semangat lain macam. Group wasap taman la, Kbba9 la…semua dok cerita balik kampung nak berhari raya 2018 ini. Kakak ni jugalah kena kerja sampai ke titisan terakhir sebelum raya hari tu. hahaa, syukur ada kerja.

Pelancaran Op Selamat 13/2018 , Sempena Raya 2018

Raya 2018

Pada 7 Jun 2018, dah sibuk dengan pelancaran Op Selamat 13/2018. Pelancaran diadakan di Menara TM Bangsar.

Seperti biasa akak ni duduk PRO kerja ala PRO la. Dan juga menjaga media. sosial dan lain-lain tugas. Cuma bila dah ada task sendiri, tak adalah kena bawa dulang. Bagi chance dekat pegawai lain. 🙄

Raptai Dan Majlis Berbuka Puasa di TM

Sehari sebelum dah sibuk dengan raptai. Sampaikan berbuka puasa pun dekat TM sahaja. Lepas tu, esok pagi-pagi dah bertapak di Pusat Konvensyen TM. Keluar rumah awal pagi sebab nak uruskan goodies dan lain-lain keperluan. Masa yang sama pada 7Jun 2018 tu, ada perjumpaan bersama Menteri KDN. Suami pun kena pergi.

Nota: Selepas selesai program di Menara Tm terus ke Harian Metro untuk rakaman.

Apa tidaknya kenalah bertungkus-lumus hantar anak awal pagi, lepas tu kena bergerak ke lokasi masing-masing. Kami ni macam nilah, tak ada bergantung harap pada orang,mertua ka, mak ka, adik beradik ka, melainkan sangat genting. Eh! Tapi ada masa genting bibik last minit tak balik Malaysia pun kami servive tau! Servive la, Allah kan ada. Bukan berharap pada manusia.

Sebagai Pegawai Media Sempena Op Selamat 13/2018

Selepas pelancaran,  sibuk dengan agenda media yang tak habis-habis. Jadual pack sebelum raya dan sehingga lepas raya. Jadi, memang tak ada chance nak pergi jalan-jalan ke jalan TAR masa orang sibuk dok shopping 😪😪.

Shopping Baju Raya di JAKEL

Tibalah hari Jumaat betul-betul sebelum raya tu, bertemankan Fariha, kami pergi Jakel. Shopping juga lah baju raya dua pasang. Sepasang SchaAlyahyaxJakel dan sepasang tu jenama Ariani. Hmm.. nipis poket iols.

Operasi Motorsikal Bagi Rancangan 999 TV3

Ini cerita sebelum raya. Sampaikan pada 11 Jun, kami ada operasi motorsikal di Plaza Tol Jalan Duta, Ummi order Pizza sahaja untuk suami dan anak-anak.

Ada lagi ini cerita Op Selamat dan raya. Nanti sambung okay. Betapa busynya Ummi 2 minggu lepas. 🤣

Tataaa… lepas dah rindu kat blogg yang bersaranggg selama hampir sebulan.

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge