Hujung minggu bawa anak-anak ke Genting Highlands. Last week ada baca blog hafizrahim.com
macam best jer dia bawa anak naik Cable Car. Jadi kami pun ambil peluang bawa anak-anak jalan. Susah nak jumpa hujung minggu yang abah tak kerja, Ummi pun free. Masa yang ada digunakan sebaiknya.
Sejak malam hari Sabtu dah bagitau anak-anak, esok kita nak naik Cable Car di Awana Skyway, Genting. Depa punya syok tu, tidur lambat dalam jam 12lebih tengah malam dan esokknya di pagi Ahad tu, pukul 515pagi bangun dan mandi dengan gembiranya.
Kalau hari sekolah ka, ehmmm punya payah. Ummi nak kena gosok gigi ,letak sabun,gonyoh badan dan lain-lain la. Tapi pagi Ahad hari tu okay je semua.
Ummi dah pikir, kalau masak boleh makan banyak kali atau lebih kenyang nak makan. Jadi, malam Sabtu tu Ummi masak sambal sotong dengan nasi lemak. Goreng ayam dan telur sebagai bekalan.
Perjalanan Semenyih – Genting Highland.
Kami gerak ke Awana Skyway, Genting ini dari Semenyih jam 7pagi dan sampai sana jam 830pagi . Awal lagi waktu tu, suasana amat tenang dan aman damai.
Kereta kami parking di ruang letak kereta GPO. Total kos kami parking kereta Rm18.00
Kadar Letak Kereta :
Rm3.00/jam (Weekends)
Rm2.00/jam (Weekdays)
Daripada GPO, ada laluan pejalan kaki ke Kaunter Awana Skyway. Mudah dan selesa.
Harga Tiket: Skyway Awana Rm8/ one way.
Harga tiket kanak-kanak dan dewasa sama. Bawah 90cm FREE.
Berbaloi, tak payah sibuk nak drive naik ke puncak. Jimat tenaga dan minyak kereta juga.
Bagi laluan masuk ini ada beberapa laluan disediakan. Kami sampai awal, jadi kurang sesak. Boleh berjalan dengan tenang dan anak-anak boleh berlari-lari lagi.
Perjalanan Awana Skyway : Cable Car
Untuk naik ke Puncak ada tempat berhenti iaitu Chin Swee Station untuk ke Temple. Tapi kami tak singgah. Kami terus naik ke Awana Genting.
Sejuk sangat kat atas,kami langsung tak nampak jelas pemandangan di bawah selepas station Chin Swee . Seram sejuk tau masa ini.
Angin punya la kuat. Along dengan angah steady, cuma kakak dengan adik yang ketakutan. Nampak pada riak wajah depa.
Sampai di Awana Genting, kami berjalan-jalan cuci mata. Lama juga diatas sana, sambil meninjau kawasan. Sempat kami melayan pertunjukkan cahaya lampu. Pertunjukkan ini ada beberapa sessi iaitu pada jam 10pagi, 1petang dan beberapa sessi lagi pada sebelah petang.
Ha, ini rahsia kami. Bukan senang nak bergambar laki bini. 🤣🤣🤣 Selepas beberapa kali mencubaa akhirnya dapat la juga sekeping dua gambar bersama. Inilah dugaan nak bergambaq dengan laki sendiri.
Kakak dan tudung:
Nak ceritanya dia semalam free hair sebab Ummi lupa bawa tudung. Owhh bahaya sangat pelupa Ummi ni. Esok takut dia anggap , “Ala Ummi tak pe, blh tak pakai tudung”. 😫😫😪.
Tapi balik tu duk ulang cakap, “Kakak, nanti kena pakai tudung tau.. !”. Menyesal aih lupa.
Kakak dan handbeg
Semalam singgah mana-mana kedai, kakak ni nak aja bergaya dengan handbag.. aduhh ni kalau esok besaq ini kalah Ummi. haha
Turun dari Sky Awana ke GPO
Dalam jam 12 tengahari, kami decide untuk turun ke GPO. Masa turun, masyalah Ramai orang. Beratur panjang nak naik Awana Skyway, cable car ini.
Sesak di Stesen Awana Skyway : Cable Car
Memang tak rasa privacy, ramai sangat. Dah tu, kalau kita pergi tak ramai, memang berkongsi satu cable car dengan orang luar. Aduh, kalau kongsi mesti tak best nak selfie-selfie dalam Awana Skyway , Gondola Cable Car ini. Syukur kami buat pilihan tepat pergi pada waktu pagi, ketika orang mungkin baru ingin memulakan perjalanan.
Genting Premium Outlet:
Sempat masuk ke beberapa butik handbag. Tetapi tak ada pun yang dibeli. Simpan bajet untuk raya. Harga pun boleh tahan, ribu riban. Tetapi best, sebab ada sales + additional discount. T&C. Memang awesome sangat semua barang disini.
Makan Tengahari : Berkelah dalam kereta
Kami tak masuk ke banyak butik, sebab masa ini anak-anak dah kelaparan. Cuma tak makan di kedai, kami makan makanan bekal tetapi makan dan berkelah dalam kereta sahaja. Ingatkan tak habis nasi Ummi bawa, rupanya licin 3 bekas. Bertambah-tambah Along , Angah dengan Sarah.
Memori Kami :
Selepas selesai makan, kami terus gerak balik. Anak-anak? Ehm, dah kenyang perut semua terbongkang tidur. Tapi tau depa happy sangat tu.
Apapun happy sangat semalam, dapat bersama anak-anak. Melayan kerenah sorang-sorang. Semoga bulan-bulan depan dapat kesana lagi. Amin.
Tgk anak anak happy tu yg paling penting, setiap momen tu berharga sangat