polis trafikSehebat mana sekali pun penguatkuasaan oleh PDRM, pemandu lebih bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semasa memandu.

Musim perayaan bukan sahaja kaum dan bangsa yang menyambut satu-satu perayaan sahaja yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan balik ke kampung. Tapi, semua rakyat Malaysia majoriti mengambil kesempatan ini untuk menjenguk kampung halaman. Kali ini saya ingin kongsikan Tip Memandu Dengan Selamat ketika perjalanan jauh mahupun dekat.

Tip Memandu Dengan Selamat

Mematuhi Isyarat Lampu

Mematuhi isyarat jalan raya adalah perkara asas ketika berada di jalan raya. Semua pengguna mestilah mematuhi isyarat. Tidak melanggar lampu merah adalah perkara yang terpuji. Semua pemandu mestilah bertimbang rasa keatas pemandu lain. Mematuhi isyarat lampu juga adalah cara kita menghormati orang lain dan amanah. Memotong isyarat lampu seperti kita mengambil hak orang lain tanpa sedar iaitu kita telah mencuri hak perjalanan serta masa pemandu lain.

Memakai Tali Pinggang Keledar

Ramai pemandu ambil sambil lewa terhadap pemakaian tali pinggan keledar yang mana ianya membantu mengurangkan risiko akibat kemalangan ( jika berlaku). Perkara yang nampak mudah , tapi ramai yang tidak melakukannya.

Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar yang telah dipasang dengan tali pinggang keledar itu mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaannya mulai 1 haribulan Januari 1979.

Tidak Memandu Melebihi Had Kelajuan

Saban waktu kita mendengar kemalangan berlaku . Tidak kurang juga kemalangan yang melibatkan maut di jalan raya. Antara penyebab utama adalah memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Wahai pemandu, patuhilah had yang ditetapkan. Ini kerana, kita pemandu bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga memikul tanggungjawab menjaga keselamatan penumpang dalam kenderaan kita.  Op Selamat ketika musim perayaan adalah langkah pencegahan yang diambil oleh badan berkuasa.

tip memandu dengan selamat

Periksa Cermin Sisi Dan Cermin Belakang

Penting untuk kita sebagai pemandu berwaspada dan boleh melihat setiap inci sisi dan belakang kenderaan yang dipandu. Ini sangat penting supaya pemandu nampak view atau pandangan sekitar, termasuk pejalan kaki dan juga motorsikal. Sebaga pemandu, kita mestilah berwaspada terhadap kenderaan yang lebih besar seperti lori dan juga bus. Ini kerana kenderaan ini mempunyai  titik buta atau penglihatan yang terbatas.

Semoga tip memandu dengan selamat ini dapat di amalkan pada setiap masa. Menjaga keselamatan diri sendiri dan keluarga juga adalah amanah besar dalam hidup kita. Selamat memandu dan selamat bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *