Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

OPERASI RAYA BESAR-BESARAN OLEH PDRM

OPERASI RAYA BESAR-BESARAN OLEH PDRM 

Hari ini Ummi kat pejabat masih bekerja seperti biasa. Rakan-rakan lain dah keluar untuk operasi besar-besaran oleh PDRM sempena Hari Raya Aidilfitri. Dan tugasan luar Ummi tahun ini sempena Op Selamat adalah memantau dari udara bagi melaporkan kelancaran jalanraya sepanjang Op Selamat (klik Op Selamat) dan pada tarikh-tarikh utama pengguna balik beraya ke kampung dan juga kembali bekerja. Pemantauan Ummi dn rakan-rakan trafik akan mengunakan helikopter daripada Pasukan Unit Udara PDRM. Okay kalau tengok heli berterbangan di Udara mulai lambai sikit yer.😊😊

OP SELAMAT 9/2016  PDRM BERMULA HARI INI

Kuala Selangor, 28 Jun – Op Selamat 9/2016 yang bermula esok (29 Jun) akan menggunakan dua pendekatan utama iaitu tindakan penguatkuasaan dan perkhidmatan dalam usaha untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan serta jenayah pecah rumah sempena Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

FB_IMG_1467157325870

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, antara langkah utama yang diambil dalam Op Selamat yang akan berlangsung sehingga 13 Julai itu termasuklah mewujudkan unit subtek di semua zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur.

Katanya, tumpuan lokasi unit subtek pula akan diwujudkan di kawasan ‘black spot’ bagi mengurangkan kadar kemalangan maut dan melancarkan aliran trafik.

“Subtek akan dijadikan sebagai pusat kawalan dan berfungsi untuk menyediakan laporan, statistik, carta, mak-lumat terkini aliran trafik dan menjadi koordinasi antara bilik gerakan trafik Bukit Aman dan Pusat Kawalan Malaysia (MCC).”

Sumber: Utusan Malaysia

MEMANDU DI LORONG KECEMASAN BAWA MAUT

DOA UNTUK SEMUA PETUGAS PDRM & SEMUA AGENSI

Semoga usaha kami semua di permudahkan dengan kerjasama semua pengguna jalanraya.  Doakan semua oetugas di darat mahupun di udara berada dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah swt. Kami juga perlukan doa semua sahabat, kerana kerja dilapangam adalah suatu kerja yang berisiko tinggi.

CABARAN DIHARUNGI DEMI TUGAS

Selain itu, pada bulan puasa, berdiri di kawasan terik mentari amat memerlukan ketabahan dan kekuatan fizikal. Cabaran dan dugaan perlu dilalui demi tugas kepada masyarakat. Ini pengorbanan yang kita semua perlu  serta menghargai pasukan beruniform yang menjalankan tugas. Letakkan kita di tempat mereka, tiada cuti beraya, tiada keistimewaan untuk menyediakan ketupat dan rendang bersama keluarga adalah suatu pengorbanan. Usah lagi kita mencemuh, tapi banyakkan bersyukur dengan adanya penguatkuasa di jalanan, walau tak dapat menyelesaikan 100% masalah , sekurang kurangnya ianya dapat.mengurangkan juga masalah uang dihadapi. Terima kasih kepada semua pasukan PDRM dan alin-lain Jabatan Penguatkuasaan, Hospital, Bomba dan St. John kerana berkorban cuti dan masa demi negara dan masyarakat.

PESANAN KHAS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Selamat Hari Raya. Dan berhati-hati di jalanraya  – Baca juga tips dibawah : 

TIPS KESELAMATAN RUMAH SEBELUM BALIK KAMPUNG

ARTIKEL BERKAITAN

MEMANDULAH DI LORONG KECEMASAN JIKA NAK LIHAT LEBIH RAMAI ANAK DAN ISTERI MENANGIS, BERAYA TANPA SUAMI DAN ANAK-ANAK.

OP SELAMAT 9/2016 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

OPERASI RAYA BESAR-BESARAN OLEH PDRM

KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *