helikopter klAhli KBBA dan founder BEN ASHAARI semasa pelancaran hari ini. Best ever.

BEST KE BEST NAIK HELIKOPTER ” KL SKY TOUR”

Wouuuwww, teruja sangat masa sampai ke Tasik Titiwangsa, KL hari ini. Ada apa? Hari ini Ummi dengan rakan-rakan blogger ada event pelancaran KL SKY TOUR. Ummi ada update kat instagram beberapa hari lepas tentang tarikan baru di KL ini. Jadi pelancarannya hari ini. Memang havoc sakan kami semua. Antara yang hadir hari ini MAR, SS, BEN, SOHOQUE, ST Dan FF… uols wajib baca keterujaan mereka semua juga tau.


TAK PUAS NAIK HELI KL SKY TOUR (KLIK SINI)

helikopter kl
Ahli KBBA dan founder BEN ASHAARI semasa pelancaran hari ini. Best ever.

APA ITU KL SKY TOUR?

Ini adalah mainan orang kaya. Eh yer ke? Tak lah, siapa-siapa juga boleh naik, tapi berbayar. Pakej yang disediakan bermula daripada Rm198.00 + 6%gst seorang bagi The KL Express. Ada lagi 3 pakej The City Explorer RM488 + 6% gst seorang , The Jungle Escape RM690 + 6% gst dan last sekali The Mountain View RM1388 +6% gst seorang.

8 helikopter yang disediakan kesemuanya. Tapi bagi pelancaran 3 sahaja digunakan. Manakala 1 heli boleh memuatkan 4 orang maximum. Kemana kita dibawa ? Kita akan dibawa mengelilingi tempat tempat menarik di Kuala Lumpur seperti di Istana Budaya , KLCC , KL Tower , Batu Caves, Masjid Negara , Batu Dam , Dataran Merdeka dan dapat lihat permandangan yang cantik dari atas. Fuh memang teruja sangat jika melihat dari atas.

Kalau sekarang di KL, lepas ini akan di perluaskan ke beberapa kawasan lagi tau, antaranya  Pulau Pinang , Melaka , Johor , Terengganu  dan Langkawi. Apabila dapat briefing daripada Director En Faiz Fahmi (email : [email protected]) fuhhh, rasa nak ke Langkawi jer lepas ini. Sebab di Langkawi akan dibawa pusing ke 7 tempat menarik di sana menggunakan helikopter. Dan salah satu tempat adalah lokasi yang kurang pengunjung. Digambarkan seakan Pulau Dayang Bunting, tapi bukan. Dikawasan luarnya lautan, didalamnya kawasan renang yang jernih. Eh..tak sabarnya nak kesana.  🙂

KERJASAMA ANTARA DBKL, TOURISM KL DAN CEMPAKA
KERJASAMA ANTARA DBKL, TOURISM KL DAN CEMPAKA

Tahniah CEMPAKA HELICOPTER CORPORATION SDN BHD atas daya usaha yang baik ini. Kalau nak tahu, kerjasama ini adalah antara DBKL, Kementerian Pengangkutan Kerajaan Malaysia dan juga KL Tourism Bureau.

So lepas ini boleh la bawa anak-anak beriadah disini. Bawa anak-anak atau kesayangan menikmati permandangan seluruh KL. Nak lagi best, 30minit baru la rasa umph… mesti try lah. Jika belum ada bajet, boleh kumpul untuk naik juga satu hari nanti. Sebelum naik, datang dan buat visual.


TARIKAN BARU KL

Keistimewaan The City Helipad di Tasik Titiwangsa ini adalah siapa sahaja dapat menaiki helikopter dengan bayaran setimpal. Ada lagi pakej Heli Lunch, Heli Golf dan lain-lain juga yang uols boleh tempah tau. Harga juga pasti berbeza. Mungkin bagi meraikan aniversary, atau birthday mak ayah atau anak-anak. Semua boleh ,jadi datanglah ke KL City Helipad.

Uols boleh meronda menaiki helikopter dengan masa paling singkat 6 minit. Dapat lihat view dari atas yang sangat cantik. Begitu juga dengan pemandangan bukit bukau. Mesti tertawan lagi mata memandang dengan menikmati view di atas kawasan genting highland. Menarik kan? So apa tunggu lagi..? Siapa jauh cepat-cepat plan bercuti ke KL, dan nikmati suasana yang menarik ini.


KOMEN UMMI

Ummi rasakan ini satu usaha yang menarik. Bukan semua orang dapat menikmati permandangan dari atas dengan menIki helikopter. Bagi photographer yang suka photography mungkin boleh cuba aktiviti ini. Selain itu, pengusaha butik juga boleh jika kali ini nak photoshoot dengan helikopter pula. Menarik sangat. Tak terungkap dik kata-kata. Ummi yang dah biasa naik pun tak puas, inikan pula yang belum rasa mesti lagiiiii la rasa nak naik kan? So, bagi Ummi aktiviti ini mesti cuba!! Tak cuba satu kerugian , sebab kemudahan dah ada di depan mata.

Sebelum Ummi  tutup bicara, selamat melayan photo kami sepanjang event hari ini. 😊😊


GALLERY

KL SKY TOUR
Keterujaan tergambar di wajah masing-masing. Memang best… dan dalam heli ini ada aircond. Memang selesa sangat.

IMG-20160825-WA0018 DATO JAMES ASHLEY GREAVES IMG_20160825_180053

Okaylah.. nak cerita panjang tak mau dah.. lepas ni mesti duduk kat pejabat asyik dengar heli terbang sentiasa. Sebab bila dah lancarkan , mesti ramai nak mencuba. Betulkan? Ummi yakin dan percaya ramai yang teringin nak mencuba. Jadi, jika ada kelapangan pergi Tasik Titiwangsa bawa anak-anak riadah, dah boleh tengok helikopter. Ada kewangan yang sesuai dengan bajet boleh naik helikopter. Mesti bertambah seronok 🙂 Jumpa lagi.. Untuk nak tahu lebih lanjut layari instagram : KLSKYTOUR .

https://www.instagram.com/p/BJhwqHoDmuQ/?taken-by=ummi_nani

https://www.instagram.com/p/BJhsEOIDfBJ/?taken-by=ummi_nani

15 thoughts on “KL SKY TOUR Tawar Pengalaman Terbang Selama 6 Minit”
    1. Yer …best sangat.. should try tau.. dah bnyk cetak rm dengan xxxxx kena la.cuba sekali…hehehehe

    1. Heheeh, dah naik atas tak sempat nak merasa gayat, sebab dok ralit tengok pemandangan kat luar sana. Tak caya kena try okay.

    1. Yer iqa, best sangat. UOLS wajib mencuba..hehe x sempat nak berkenalan dalam KBBA FC. nnt kita wassap2 k.

  1. hahahaha..syiokkk je tgk Umminani & yg lain2 naik..amy gayat..hahahha
    apa2 pun..best gile join uols smua smlm wlupun amy chow chin chau cepat..heheheh
    len kali kt jumpe lg naaa…

    1. Emy, nnt free mai kita sembang-sembang blog. saya on jer bila2 free..bnyk lagi emy boleh belajar.

      1. br sempat terjah blog..sgt2 padat time nk menerjah..
        ummi..nanti kt “lepaking” bersama eh..seronok sgt dpt kwn ngn ummi..byk ilmu bleh nuntut ni..hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *