KELAS SANTAPAN MINDA ONLINE

Ummi suka hadir ke kelas yang banyak bagi input tentang perubahan masa depan. Bagaimana nak cari hidup yang lebih berkualiti dan menjaga aura diri. Namun begitu sejak bibik tak ada, kurang sikit hadir kelas atas kekangan masa. Namun begitu nak refresh balik mood dalam IMKK bukan mudah. Kena ada guru juga.

Salah seorang guru online Ummi, Ummi suka follow fb Anis Chocolate Moist. Banyak sangat perkongsian bagus daripada Fb kak Anis. Antaranya ini posting.yang bermanfaat bagi Ummi.

ANIS CHOC MOIST CAKE

[ OTAK KITA MACAM BANK ]

Otak kita ni macam bank. Setiap hari kita akan masukkan atau deposit pemikiran kita ke dalam ‘bank’ kita.

Segala pemikiran yang kita deposit ke dalam bank ini akan menjadi ‘memory’ kita. Jadi, dalam bank kita ini penuh dengan fail – fail pemikiran kita.

Bila kita berhadapan dengan masalah, kita seolah – olah akan bertanyakan memory bank kita, ada tak kes yang lebih kurang macam ni?..

Kemudian bank kita akan cepat – cepat cari jawapan dan beri maklumat tentang isu yang sedang kita hadapi yang sama seperti isu-isu sebelum ini.

Mesin teller kita ini sangat – sangat boleh dipercayai. Dia mendengar cakap kita. Dia tak akan melawan kita. Dia akan beri maklumat kepada kita mengikut kehendak soalan kita.

Contoh seperti ini, bila kita takut nak buat keputusan, kita akan seolah-olah tanya kepada bank kita, sebelum ini betul tak aku dah cuba buat ni, tapi tak berjaya?..

Bank akan jawab, Ya tuan. Tuan ingat tak kawan-kawan Tuan dan cikgu Tuan pun pernah katakan yang Tuan ni tak akan berjaya dalam bisnes ni. Tuan pun pernah beberapa kali cuba, tapi tetap fail jugak. Cer ingat balik…

Bank kita akan cari lagi seberapa banyak contoh – contoh bagi memperkuatkan lagi kata-kata kita sendiri.

Tapi…kalau kita dah tahu teller kita ni jenis yang ikut arahan..Lebih baik kita tanya dia the other way round. Kita mintak dia cari kita pemikiran yang menyokong tindakan kita untuk berjaya.

Bila kata nak berjaya pulak, Teller akan berkata, baik tuan. Dia akan gali seberapa banyak contoh untuk sokong tindakan kita. Dia akan kata, cer ingat..dulu tuan pernah sukses kan dalam buat bisnes macam ni?..

Cer ingat lagi, best friend Tuan cakap Tuan hebat dalam selesaikan isu macam ni?..Tuan pernah dapat untung yang banyak bila buat bisnes ni kan? Cer ingat..cer ingat…

Ini menunjukkan teller bank kita ini akan ikut cakap kita. Kalau kita nak fail, dia akan setuju…kalau kita nak sukses pun dia setuju. Kerja dia cuma tolong mencari statement-statement atau pemikiran lama yang menyokong segala kata-kata kita.

Itulah dia sifat minda kita.

WALLAHU’ALAM…

♡ Jom pagi-pagi ni kita bersyukur, beristighfar dan berselawat 🙂 ♡


Sahabat pembaca blog Ummi, follow juga fb kak anis atau pages Anis Choc Moist Cake ya.

Selamat berhujung minggu.

One thought on “SANTAPAN MINDA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *