Air Force The Movie
Kami dah menyumbang untuk kutipan 6JUTA.
Cerita menarik.
Ada semangat pengorbanan.
Nasihat /teladan : Air Force The Movie
Awak, Nak jadi ketua kena berani bertanggungjawab. Nak pangkat, nak jadi leader, kena berani mengorbankan diri. Contohi LEGEN dalam cerita ini.
Untuk jadi orang berjaya, kena ada prinsip hidup, buat apa kita suka, bukan apa orang suruh. Dlm cerita ni, Adib nak jadi paskau, dia jadi, tanpa terpengaruh dengan sahabat dia. Sebab jalan berbeza, tapi masingĀ² boleh berjaya.
Orang awam, korang kena bagi support pada pejuang. Sebab pengorbanan besar dalam badan uniform, cuma tidak semua boleh di ceritakan.
Ahli keluarga, bila ada ahli keluarga dalam badan uniform kena bersedia hadapi pelbagai kemungkinan.
Jadilah orang yang ada pendirian, berani buat keputusan. Hormat yang paling kanan dalam pasukan. Yakin dan percaya dengan ketua. Dalam perang kena ada sikap yakin dan percaya. Jangan emosi. Tenanggg macam TUAI.
Banyak lagi pengajaran yang baik. Menonton sambil berfikir. Serapkan emosi tu dalam diri anak-anak. Benda baik, bawa masuk dalam kehidupan.
Pikir baik, buat baik. IKHLAS, kejayaan akan datang mengiringi.
27/08/2022 | Alamanda , Putrajaya