Kesan hipertensi, Penyakit Darah TinggiKesan hipertensi, Penyakit Darah Tinggi

Aku akan terus bangkit mengharungi apa juga yang mendatang. AKU ada banyak lagi tanggungjawab harus diselesaikan. Untuk catatan diari aku kali ini aku nak share Kesan hipertensi, Penyakit Darah Tinggi – Punca, Kesan & Cara Merawat.

Kesan hipertensi, Penyakit Darah Tinggi
Kesan hipertensi, Penyakit Darah Tinggi

Kesan hipertensi, Penyakit Darah Tinggi

Mana ada tiada trauma. Ia terus menghantui hidup aku.

6 Feb 2022 : 0010hrs, darah yang keluar dari hidung kanan, diikuti hidung kiri. Mengalir tanpa henti, disusuli dengan keluar darah dari mulut. Warna merah gelap seolah² membuang segala kotoran dari tubuh. Allah, saat itu pasti hanya mengingati kematian.

Janji Allah swt itu pasti. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ini caranya aku bangkit, aku lebih kuat dan lebih menyayangi diri. Mungkin dengan ini aku lebih kenal, siapa yang menyayangi siapa yang tidak. Mungkin ini tanda kasih sayang Allah, dan ini jalan Allah swt tunjuk untuk kenal erti keluarga, sahabat dan sekelilingnya.

Cara Merawat Hipertensi

Cara Merawat Hipertensi adalah dengan menjaga pemakanan. Sejak keluar ward aku takut nak makan, walaupun aku sejenis yang selera makan. Sejak itu juga setiap hari tanpa gagal aku amalkan epal/saderi(selang seli), lemon dan juga carrot jus. Untuk b/p sehingga hari ini dalam 138/88. So far aku tak rasa apa-apa la. Cuma aku sangat berhati-hati untuk makan dan minum.

Aku amalkan nescafe o’ dengan sikit gula perang daripada Love Earth. Dan ada hari yang aku betul-betul stress / atau rasa penat, aku cheat day dengan nescafe susu / nescafe tarik juga. Itu kegemaran aku, memang stress kalau tak dapat apa yang aku suka. Hidup kan untuk dinikmati, tetapi sejak sakit, aku lebih waspada. Takut sangat dengan apa yang berlaku.

steroid untuk hilangkan bengkak
Kalau tengok muka aku bengkak ni, sebab aku sangat elergic dengan facial mask di kedai /farmasi. Jadi bila jadi macam ni, tak tertahan sangat sehingga aku kena cucuk steroid untuk hilangkan bengkak dan gatal pada muka.

Kini telah bertambah baik. Sedang mengumpul kekuatan untuk terus bangkit dan sihat.Terima kasih semua yang memberikankata semangat dan doa. Maaf jika ada wassap/message kalian yang belum terjawab. SAYANG semua yang menyayangi diri ini. ❤️Video : Note : Warded 6 & 7 Feb 2022 ; Hospital Kajang

One thought on “Kesan hipertensi, Penyakit Darah Tinggi – Punca, Kesan & Cara Merawat”
  1. Allahuakbar , masa tu terkejut jugak , apapun akak doakan semoga UN akan kembali sihat dan ceria seperti biasa. Benar ujian ini bukanlah kepada mereka yang diuji tapi yang melihatnya juga diuji sama. Maaf sangat tak dapat bersama sewaktu UN dalam kesusahan , hanya mampu kirimkan doa sahaja yang baik-baik. Stay strong dan stay healthy yer UN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *