BizChannel@CIMB ialah portal dalam talian yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perniagaan dan memenuhi keperluan kewangan yang berubah-ubah. Pembayar zakat / peniaga akan dapat mengakses rangkaian lengkap perkhidmatan perbankan, ini adalah terjamin. Sistem ini membolehkan pemilik perniagaan mengurus kewangan pada bila-bila masa di mana sahaja sambil mengekalkan kawalan penuh ke atas akaun. Zakat melalui CIMB Biz Channel diakui lebih effisen.
Cimb Biz Channel dilengkapi dengan ciri keselamatan peringkat tinggi, kami menjamin kerahsiaan maklumat kewangan dan organisasi anda. Walau bagaimanapun, bagi pembayaran melalui CIMB Biz Channel, pemilik perniagaan/ organisasi perlu membayar fees mengikut KADAR yang ditentukan dan mengikut syarat ditetapkan.
Pembayaran@CIMB / Penyelesaian Payments@CIMB bertujuan untuk mempercepatkan pembayaran dengan cara yang paling cekap kos untuk meningkatkan kitaran belian untuk membayar korporat dengan penyelesaian berikut:
- Bayaran Pukal – Gaji termasuk kredit gaji, KWSP, LHDN, PERKESO dan ZAKAT
- GIRO Antara Bank (IBG)
- Pemindahan dana
- Pesanan Juruwang & Draf Permintaan
- RENTAS & Pemindahan Telegraf
- Perkhidmatan Pembayaran Kerajaan
- Pembayaran FPX
- Pemindahan DuitNow
Zakat melalui CIMB Biz – mudah dah selamat.
Cara daftar CIMB BizChannel (Baca disini untuk maklumat lanjut).
Disebabkan CIMB BizChannel dikhaskan untuk pemilik bisnes atau organisasi, terdapat beberapa langkah tambahan dan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak untuk proses pendaftaran.
- Muat turun borang permohonan di http://www.cimb-bizchannel.com.my/index.php?ch=dload&pg=dload_4&ac=4
- Isikan semua maklumat seperti yang dikehendaki dalam borang tersebut
- Serahkan borang yang telah diisi ke mana-mana cawangan Bank CIMB terdekat
- Setelah permohonan anda diproses, butiran untuk log masuk dan katakunci akan dihantar kepada Authorised User(s) dan System Administrators melalui 2 emel berbeza
- No PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Harap maklum bahawa sistem hanya boleh menghantar mesej ke nombor telefon Malaysia sahaja.
- Untuk pakej Standard dan Customised, pengguna boleh terus menggunakan servis setelah mendapat kod OTP di Security Device yang didaftarkan
- Untuk pakej Lite, penggunakan akan menerima kod OTP melalui SMS
Kaedah lain pembayaran zakat :
Kempen Menang dan Kongsi (Klik disini)
Kempen ini terbuka kepada semua kecuali warga kerja LZS. Menariknya, tiada had minimum zakat yang ditunaikan. Peserta hanya perlu mengimbas kod QR untuk mengisi borang sebagai bukti dan komitmen penyertaan.
Kenapa menang dan kongsi?
Ini kerana pemenang akan menyumbangkan 50% daripada nilai hadiah yang diterima kepada asnaf yang berhak dan ditentukan oleh LZS sendiri.
Maklumat Lanjut Di :
Web : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
Mudah peniaga nak bayar zakat melalui platform ni
Mudah nak bayar zakat sekarang. Online kat mana2, mana2 platform pun boleh kan
senang buat online je semua sekarang ni kan