Alhamdulillah, pejam celik hubungan dan kisah cinta kami sampai ke usia 12 tahun. Bukan mudah melalui semua saat ini. Sampai hari ini masih belajar memahami satu sama lain. Perkahwinan adalah proses melengkapi satu sama lain. Sebelum itu, jemput melayari cerita anniversary ke-12 tahun kami, 2021.
Cerita Anniversary : Proses yang perlu dilalui
Setiap orang melalui proses yang berbeza. Malah jalan cerita rumah tangga yang berbeza tetpai tujuan akhirnya sama. Apapun rumah tangga kami yang baru berusia 12 tahun ini, banyak liku dan cerianya. Ianya adalah biasa, dalam mana-mana rumah tanggan ada masa manis ada masanya masam dan pahit. Tetapi kena ada sabar. Sbar kunci kebahagiaan.
Syukur kami dikurniakan rezeki anak diawal perkahwinan. Jadi dalam tempoh 10 tahun pertama adalah proses yang sama-sama kami lalui, bukan isteri sahaja mengandung dan melahirkan. Dalam tempoh itu, pasangan kena ada tolak ansur. Seperti kami, 10 tahun awal, adalah masanya melahirkan dan membesarkan anak-anak. Kini masuk 12 tahun, anak-anak dah berusia 11, 8,7 dan 5 tahun. Mereka dah boleh berdikari sendiri.
Mana-mana pasangan pada awal 10 tahun adalah proses mengenali dan memahami. Masing-masing masih belajar menerima satu sama lain. Jadi fasa ini, sabar, sabar dan doa dan kena ada komunikasi. Jangan melatah, sebab syaitan suka menghasut supaya berlaku perbalahan suami dan isteri. Percayalah jika suami isteri meletakkan pasangan adalah sahabat, kekasih dan pasangan yang dipinjamkan allah swt untuk dicintai dan mencintai, mereka akan jadi pasangan paling bahagia sehingga syurga.
Niat menentukan hala tuju keluarga. Teruskan niat, perkahwinan yang dibina untuk kita sehingga akhirat nanti. Inilah pasanganyang akan tarik kita ke syurga nanti. Jadi, saling menghormati dan percaya adalah antara lain yang kami praktikkan.
Marah anak kerana sayang
Tension? Mestilah kita yang bekerja penat nak uruskan pelbagai rencah dalam hidup. Nak uruskan rumah, anak dan kerjaya dan isu duniawi lain memang meletihkan. Tetapi bila nak terbabas, kembali kepada alam nyata, hidup ini ada cabarannya. Marah anak? Pasti, tetapi mereka jugalah rezeki dalam hidup kita. Marah sekalipun sebab sayang dan kasih nak melihat mereka bahagia, kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Harapan?
Harapan kami pastinya tempoh akan datang kami jadi ummi abah yang lebih baik dan rumah tangga atas nilai percaya, sayang dan cinta akan terus mekar sehingga akhirnya nanti. Doakan kami dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan kerjaya dan dapat kekuatan untuk terus membesarkan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang baik untuk masa depan mereka. Terima kasih kepada semua yang terus memberikan ucapan tanda sayang kalian kepada kami sekeluarga.
Photoshoot : By Afiq Halid (I Phone)
Baju Ummi : Ranting
Baju Anak : Hari-Hari Official
Baju Abah : H&M
facebook UMMI
Facebook Muazam
Ig: #Umminanianniversary
Nota : Jika perlukan apa-apa gambar sila mohon izin sebelum menggunakan. Akta Hakcipta 1987
Happy anniversary kak UN. Sama ulangtahun perkahwinan dgn saya, tapi perkahwinan pertama sy dgn arwah suami la. Kalau arwah masih ada, dah 7 tahun jugak kami bersama.
Moga perkahwinan kak UN bahagia hingga ke akhirnya. AMIINNNNN
Happy Annivesarry UN. Semoga ikatan ni kekal bahagia hingga ke syurga kelak.
WOW! Afiq jadi photographer ya.. (clap!)
Happy annyversary kak nani . Semoga berbahagia till jannah and all urusan dipermudahkan . Aminnn
Happy anniversary. Semoga senantiasa berbahagia, murah rezeki, & kekal di dunia hingga di surga Allah SWT. Aamiin …