Suasana pandemik tidak nampak ada sebarang pengurangan. Tiada lain hanya doa yang sentiasa kita semua titipkan.Semakin hari, dalam Ogos ini, bukan semakin menurun, tetapi jumlah orang yang di jangkiti semakin meningkat. Dalam hidup kita, tiada orang yang tidak merindui kampung halaman.

Suatu hari nanti, apa sahaja yang dah berlaku pasti akan meninggalkan kenangan indah. Masakan mak, suara mak begitu juga suasana berada di kampung.

  1. “Tidak ada yang lebih baik daripada pulang ke keluarga, makan makanan enak dan bersantai.”
  2. “Kerinduan bukanlah apa-apa. 50 persen orang di dunia selalu rindu kampung halaman.”
  3. “Tempat yang kita cintai adalah rumah. Rumah yang mungkin ditinggalkan kaki kita, tetapi tidak hati kita.”
  4. “Rumah adalah perasaan cinta dan damai. Aku sangat merindukan rumahku.”

Semoga pandemik COVID 19 ini terus menurun dan hilang dari bumi kita semua. Dan dapat kembali kepada kehidupan normal , dapat melancong dan paling penting jika dapt dibuka semula pintu haji dan umrah.

Semua antara kita pasti ada niat untuk melakukan ibadah hajikan, semoga ada ruang terbuka untuk kita semua. Pada masa yang sama, anak-anak dapat mengikuti kelas seperti biasa dan sessi pembelajaran yang normal.

Sama-sama kita berdoa, agar doa kita semua diangkat pada hari Jumaat penuh barakah ni. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *