Kerajaan dah beri kebenaran berkelah. Peluang yang ada tidak disia-siakan. At least anak2 keluar tengok dunia selain dunia depan komputer. Have a nice weekend Grounding dengan alam. Tarik aura alam. Lokasi : Sg Congkak, Hulu Langat.
SungaI Congkak, Hulu Langat : Nikmati keindahan ciptaan TUHAN
Bercuti dalam daerah sama. Kos sewaan pondok RM30 – RM50.00. Ini lokasi terbuka sebelum masuk kepada tempat rekreasi yang dibawah kelolaan CHONGKAK PARK & RESORT.(yang ni masih ditutup – 03-55132000/03-55136268) Kalau nak check dah buka ke belum boleh telefon nombor ini.
Kami sampai seawal 830pagi. Air sejuk sangat. Dan masa ni orang tak ada pun lagi. So, tenang dan rasa selamat. Nak pergi kena keluar rumah awal. Plan asal nak ke Sungai Tekala, tapi terus dan terus, akhirnya kami sampai ke Sungai Congkak, Hulu Langat. Kawasan ni terletak di kawasan Batu 18.
Tuhan maha adil, tidak bezakan kasih sayang / kesyukuran.
Duduk diam dan bernafas. Ini cara nak nikmati kasih sayang Tuhan. Udara percuma untuk semua orang. Kita tarik nafas, , sayang pokok, dan kita terhubung dengan alam. Kita beri karbondioksida, dan pokok bagi oksigen. Kasih sayang menghubungkan kita.
Tuhan sayang semua, orang miskin, orang kaya. Tuhan bagi semua sama. Bila tuhan bagi, yang membezakan adalah? Tuhan bagi kita otak , cahaya matahari.
TUHAN – Buat baik tidak harapkan balasan. Buat baik tidak harapkan balasan.
Kita buat baik sebab kita happy buat baik. Kita buat baik sebab tidak perlukan balasan. Kita seronok buat baik. Kita buat apa anak suruh, sebab kita happy, sebab kita seronok. Kita happy. Jadi happykan keluarga dan anak-anak, bawa mereka dekat dengan alam.
Nak happy, buat apa yang kita rasa seronok dan happy, sebab asasnya Kasih Sayang. Tuhan beri dan bagi kebaikkan sebab DIA faham kasih sayang, tanpa syarat. Sayang semua orang, buat baik tanpa balasan.
Selit sikit, pelajaran daripada kursus Mindfullness Love Theraphy :
Hukum fitrah, biar tuhan yang balas. Kita mudahkan orang, maafkan orang, hati kita lapang, kita kena Covid 19 sembuh, anak faham, anak jadi baik. Inilah balasan Tuhan. Tidak ada sebaik-baik balasan, kerana tuhan memberi yang terbaik.
Cikgu ajar dengan kasih sayang/ dengan penuh kebaikkan. Pelajar faham dapat A. Cikgu marah kalau kena marah dengan anak murid, ini kena sabar. Cikgu kena sabar, kena maafkan anak murid. Beri yang terbaik dalam hidup kita, orang tak puji, terima dan lepaskan.
Okay selamat bercuti dan berdamai dengan alam , dengan beriadah di Sungai Congkak, Hulu Langat. Tahu ramai yang tak sabar nak bercuti dan bermain dengan alam, ini adalah lokasi yang tepat dan mudah serta murah untuk kita berdamai dengan alam. Boleh pergi balik hari , seperti mana dibenarkan. Selamat bercuti.
Seronoknya dapat mandi air terjun sejuk sejuk. Okaylah pergi pagi tak ada orang lagi. Seronok jugak anak anak dapat keluar dan main air. Menikmati segala keindahan ciptaan Allah.