Assalamualaikum ibu-ibu. nak rehatdaripaa memasak dan tak ada idea lagi nak masak apa? Ha, ni UN dah banyak kali cuba dan menang jadi favourite anak-anak. Simple tapi cukup untuk kami makan. Seeekor boleh dibeli dengan harga RM11.90 sahaja.

Tawaran masa terhad :

Ini harga ayam. So untuk nak makan seisi keluarga boleh beli sangat.

Sentiasa jadi stok panas. Kalau ayam Bakers Cottage ni, memang jadi tumpuan, ramai beli tau. Ada yang beli 1 ekor/2 ekor dan lebih daripada itu. Kalau korang pergi tak kena timing kena tunggu sejam lebih la juga. So kalau nak beli kena pergi awal.Limited stok, sebab memang ramai orang beli.

Bakers Cottage Bandar Baru Bangi

Ini kedai yang UN selalu beli. Sebab kerap pula ke BANGI minggu ni. Dan kalau area kami ni ada juga Bakers Cottage Cawangan Kajang dan area Kajang Prima. Sini jual pelbagai menu lain ada dounut, kek dan juga pelbagai jenis pastry. Memang best lah. Rasa nak je semua. So siapa yang dah kering idea nak makan apa, boleh cuba ayam Barbekue Dan Black Pepper Bakers Cottage.

Done beli : dah 2 minggu tak masak makanan berkuah yang berlemak. Harap dapat control potion makan makanan yang berlemak untuk kembalikan kesegaran badan dan turunkan B/p yang masih lagi kurang stabil.

Akhir sekali, selamat mencuba ayam B.Cottage. 🙂

One thought on “Cuti daripada memasak, mujur ada ayam Bakers Cottage!”
  1. Biasa juga beli masa promo. Memang berbaloi. Cuma sos dia agak tak sesuai dengan selera. Kalau ada sambal pedas pedas sikit lagi sedap kan. So far pastry and kek dia semua sedap sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *