Trip mandi manda ke Sg Congkak

Bismillahirrahmanirrahim, Long short story , aktriviti hujung minggu yang best. Tempat ini bersih  bersih dan ada privacy. Kat sini sunyi( kalau sampai atas),. Kami sampai awal oagi, dalam jam 9am dah ada disini. Suasana di sana sejuk, tambahan cuaca selepas hujan. Dan kalau nak buat trip kesini jangan risau sebab ada kemudahan toilet, ada tempat untuk  BBQ. Jadi sebab unplan as well, maka trip mandi manda ke Sg Congkak, Hulu Langat  kali ini taka da BBQ ya.

Kat sini boleh buat family day  dan boleh juga buat team building kat sini. Kos short get away macam ini tak mahal, dan sesuai la untuk sesiapa sahaja. Kami masuk ke sana seawall jam 9am. Dan kalau korang sampai ikut google waze, masuk sana, terus sampai depan pintu gerbang. Kos yang terlibat adalah :

Kami dah hala nak balik.

Parking Rm5

Campsite Rm10

Dewasa Rm1/perpax

Kanak2 free

Trip ke Sg Congkak , Hulu Langat ; makan simple-simple je

Sebabkan trip mandi manda ke Sg Congkak hanya secara adhoc selepas subuh, maka, berbekalkan nasi lemak, karipap (mmg iols ada jual, stock sentiasa ada, terus masak dlm airfryer), dan kentang.Cukup bekalan seharian.  

sg congkak, mandi dan berkelah disini
picnic di sg congkak
mandi sungai di sg congkak

Cukuplah buat lapik perut untuk bagi kenyang, kalau buat bakar-bakar lagi best ini. Masa balik tu, kami lalu sepanjang jalan, tergugat iman dengan bau arang dan orang buat BBQ. Jelous tau, nanti repeat la, kena prepare awal la dengan arang dan juga rempah-rempah untuk perap ayam dan daging.

Trip mandi manda ke Sg Congkak

Air kat Sg Congkak ini, sejuk gedi. Un 5minit je turun, dah tak mampu dah nak berendam. Turun pun rendam badan dan tak gerak-gerak. Huuhuuu, tak faham macamna anak-anak.bertahan berjam-jam. Kulit buaya kot.

Trip mandi manda ke Sg Congkak
Trip mandi manda ke Sg Congkak
Trip mandi manda ke Sg Congkak

Kalau mandi kat Warisan Hati Rimba, Kemensah tak sesejuk kat sini. Dan kalau pun sejuk ada kolam yang airnya sedikit suam. Sini, totally natural, memang sejuk sangat.

Trip mandi manda ke Sg Congkak
Trip mandi manda ke Sg Congkak
LOVES HER SMILE

“It’s all about the quality of life and finding a happy balance between work and friends and family.”

Parking kereta pun parking je mana-mana kat tepi jalan, don’t worry selesa kat sini. Okay selamat bercuti dan selamat mandi sungai.

14 thoughts on “Trip mandi manda ke Sg Congkak, Hulu Langat”
  1. Huhu ada kenangan.. Saya tercirit kat sini.. Sakit perut yg amat masa tu.. Syok mandi kat sini.. Tapi tu la.. Huhu.. Mujur suami tak marah.. Dia senyum n gelak je..

  2. Sekarang ni bleh mandi ke kat sini.. Aritu banjir teruk hulu langat.. Kalau buka.. Saya nak bbq ngan fmly.. Kami dari melaka.. Harap ada info dari org selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *