Hi sisters and bro! Cewah ceria kan.. begitulah kalau dah hari-hari terjebak dengan lives di Branded Handbags by Rafidah. Sis Rafidah pun ceria orangnya, tambah sekarang Cik Mimi n Tikah pun dah boleh ambil alih tugas mem depa.. ceria + ceria kuasa dua, bertambah ceria la fb lives mereka. Sis Nani sendiri kalau boleh setiap hari nak jer join lives tu tau. Best things bila hari-hari dengar lives , sis sendiri belajar bab handbag , dan boleh tahu perbezaan Beg original vs fake. Sellection.com sentiasa bantu sisters dan bros untuk dapatkan info yang tepat sebelum tersilap membeli.
Perbezaan beg original vs fake
Zip :
Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK, IDEAL, Cursive C. Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilihat seperti berikut.
Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, lambang YKK yang terletak pada zip adalah rapi. Sekali pandang boleh terus baca. Hurufnya jelas & kemas. Tulisan YKK mesti terletak dalam petak empat segi tepat. Coach menggunakan zip YKK atau IDEAL untuk beg tangan & produk mereka.
Butang :
Coach sentiasa mengeluarkan model handbag yang pelbagai setiap tahun. Model handbag ada yang mempunyai butang sahaja dan mungkin menggunakan zip. Gambar dibawah ialah butang pada model handbag Town Bucket koleksi tahun 2020.
FONT & TULISAN :
Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil. Tulisannya konsisten dari segi saiz dan placement.
Lihat dua gambar FAKE di bawah, anda akan dapat membezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK dicetak. Nampak huruf tidak kemas, berlapis, sekadar mencetak dan tidak jelas langsung.
Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada rantai & zip beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.
Lain-lain perbezzan dari segi adalah bergantung kepada tahun keluaran dan juga Variasi Logo Coach . Jadi untuk kita lebih yakin dan percaya, belian di SELLECTION.COM adalah yang terbaik. SELLECTION menyediakan pelbagai koleksi barangan yang ORIGINAL, berjenama dan berkualiti. Kita pasti tidak akan was-was membeli dengan mereka. Harga jualan yang berpatutan , telah memberi runag kepada semua orang untuk pakai Branded item. Mereka juga menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik agar semua dapat merasai item berjenama dan original.
Pengalaman sendiri samada beg original vs fake!
Sis nak share, ini pengalaman sendiri beli beg dari seller lain. Pastinya barang yang dibeli tidaklah seperti dijangkakan. Nampak sama tapi tak serupa. Bentuk lebih kurang sama, Jess Coach – tapi ada perbezaan dari segi material, zip, keychain dan lain-lain part. Kalau daripada gambaran kat atas ni, korang pun boleh tengok kan? So yang mana better? Mestilah yang original kan?
Jadi delat nak raya ni, dah ramai yang sedang mencari-cari beg raya kan? Kalau kat office sis Nani sendiri, kami tengah cari masa nak pergi sama-sama ni, ada yang nak cari wallet , ada yang nak cari handbeg , tak sabar sis tau. Best kalau bergaya dengan geng sejiwa tau!
So, uols semua, kalau nak shopping bawa geng, meriah dan pendapat orang lain mungkin membantu kita buat pilihan bijak untuk pilih mana yang sesuai. Sebelum pergi tu, mai sini nak meracun > usha la fb mereka di Branded Handbags by Rafidah, hari-hari kat lives tu boleh bantu kita cari beg apa yang sesuai dengan gaya hidup seharian.
Jom sama-sama bergaya dan yakin dengan handbeg dari Sellection.com , best disini boleh beli secara cash atau ansurans. 🙂 Jom-jom 🙂 Okay bye, nak bagitau ni, sis tak sabar nak ajak geng opis ke Butik Sellection 🙂
saya pun selalu jugak join Live Sis Rafidah tu. Bagus info yang diberikan.