Impian kita menggunung.Tapi,Kita tak boleh bergerak sendiri.Isteri nak berjaya,kena restu suami. Mak nak belajar,nak ubah hidup keluarga kena dapat restu anakanda juga. Kalau anak rasa tertekan, impian dan usaha sia-sia. AnakĀ² juga rezeki. Sungguh saya sendiri risau kalau salah langkah. Berniaga kerana duit, takkan kemana. Tapi berniaga kerana Allah , semuanya akan dipermudahkan.
Pesan seseorang,Jangan nak buat busines kerana nak duit, sebab business takkan kedepan atau maju. Dulu 2013 masa cuti tanpa gaji, business saya online je, sakan la juga. every week restok barang. Modal Rm7k++, awal-awal maju. Masa tu, kalut..jawap pm, set up ads dll, marketing sendiri. Pos barang sendiri, sendiri nak pergi kelas. Join marketing sana sini. FOKUS duit dan duit.
Sampai satu tahap, seronok business.Kos marketing terbakar.Business semakin slow. HeranAwat yer. Rupanya, Ada hati dilukai, ada jiwa terseksa. Ada yang dikejar tak dapat, kerana silap sendiri , hilang fokus hanya kerana DUIT.
Kisah Hutang dan business
Gambar : Hutang 2013 – selesai 2021. ( ini untuk pelajaran, silap ini jangan diulang).
JANGAN! JANGAN Ulang silap saya. Nak business, bukan sahaja pikir hari ini. Tapi kedepan. Its okay start dengan zero modal, its okey kerja dengan orang, its okay jadi dropship. Sebab inilah kerja pasukan yang melonjak kita untuk maju. Tanpa orang lain, buat la macamana pun, jiwa takkan bahagia, rezeki tersangkut. Tambahan jika pernah kira sakiti atau berlaku silap dengan orang. Pengalaman ajar saya erti bahagia, business bukan semata-mata kerana duit. Masih sempat taubat, untuk dapat ketenangan jiwa.. dan menjemput rezeki yang berkat lagi halal.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang berlipat ganda serta halal. InsyAllah.