sutra maya wellness

Korang… stop! Bila last korang pergi spa? Dan nak tahu juga, korang tak pergi spa, sebab harga ke atau masa? Ehmmm…kalau aku tak pergi spa, one of the main reason sebab masa. Serius masa aku terhad sangat. Tapi, baru ni aku curi-curi masa ke Sutra Maya Wellness, akibat penangan Ben Ashaari la ni.😁

Aku terus booking by call je. Memandangkan hari Khamis lepas aku free, dan aku pergi ke Sutra Maya Wellness sebagai rewards diri sendiri juga. Rewards sempena birthday aku  ke 34 tahun, 22 Sept.

Sutra Maya Wellness – service pelbagai.

Kalau aku, yes…i really really need massage. Then, Puan Sherry advice sebab dah lama tak maintenance diri, so dia advice aku untuk bertangas, massage dan bertungku.

Yerla, aku memang blur masa pergi tu. Baru habis orientasi UMcced, jadi aku follow je.

First, aku melangkah masuk ke Sutra Maya Wellness, aku di sajikan dengan jus asam jawa dan air masak. Fresh gitu.

Tak lama lepas tu, Cik Mashitah pun bawa aku masuk ke bilik terapi. Fuh…hidung aku dapat menghidu bau herba, wangi sangat. Rupanya air untuk aku bertangas dah disiapkan.

Suasana dengan lampu yang malap, tenang…rasa macam tercabut habis stress aku yang melekat dalam tubuh aku.

Tanpa berlenggah masa, terus aku capai kain batik dan panties sementara yang disediakan.

Aku dengan tenang, duduk…dan menikmati saat bertanggas. Susah nak ekspresi kan feeling tu…yang buat sahaja tahu nikmatnya bertanggas. Wap panas….memasuki celah lorong….memang rasa terbuka sel-saraf otot aku. 🤭. Memang feel tau…dan selama 20 minit tersebut memang aku menikmati…sungguh menikmati saat tu.

Bertanggas boleh :

Bekas tepi bunga tu untuk bertanggas.

💗Membantu mengurangkan berat badan
💗 Mengatasi lesu-lesu badan
Melancarkan pengaliran darah
💗Mengeluarkan toksin dalam tubuh
💗Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
💗Melancarkan proses haid wanita
💗Mengurangkan keputihan dan alahan pada vagina
💗Mengelakkan kekenduran rahim (proplase)

Next : Massage seluruh tubuh di Sutra Maya Wellness

Aku memang rasa lenguh di seluruh tubuh.Yer, dah lama tak berurut. Memang tak jumpa tukang urut yang best pun ya juga.

Aku jangkakan kat sini pun sama je dengan mana-mana spa. Tapi sangkaan aku meleset. Sekali Cik Mashitah minta izin untuk mulakan sessi, terus aku rasa…”WOW!!!”

Sentuhan jari-jemari lembut Cik Mashitah bukan biasa-biasa. Setiap kali sentuhan dia, memang kena pada urat-urat aku. Sedap! Sungguh korang yakin dan percaya dengan aku, memang sedap dia tekan! Aku puas hati.

Dalam  masa sama, aku juga dibekalkan dengan tungku herba. Sebabkan belakang aku memang lenguh dan sakit, jadi Puan Sherry suggestkan untuk tungku herba tu letak bawah bahu aku….memang rasa longgar urat-urat aku yang tersimpul mati tu🤪.

Korang baca maybe tak feel macam aku rasa, tapi selama 2 jam keseluruhan masa yang aku lalui sangat berbaloi. Selesai sahaja sessi, terasa ringan badan.

Aku puas hati! Serius puas hati sangat. And kalau ada kesempatan lepas ni aku mesti pergi semula ke Sutra Maya Wellness. Ianya seakan sebati dan sesuai dengan diri aku.

Tempat solat disediakan

Korang kalau datang sini, jangan susah hati. Kalau belum solat, disini sangat solat friendly. So, boleh solat, sebelum atau sesudah terapi.

Selesai terapi, sekali lagi anda akan di sajikan dengan teh halia. Minum sampai habis tau! Badan akan mengeluarkan toksik dan angin-angin yang tak sepatutnya. Memang terasa heaven!

Promosi di Sutra Maya Wellness

Servis Sutra Maya Wellness

▪️Single full body massage RM89
▪️Tangas RM49
▪️Foot massage RM49
▪️Bekam badan RM140
▪️Bekam muka RM69
▪️Nail buffer RM12
▪️Express meni RM35
▪️Express pedi RM45
▪️Full body scrub RM69

Bagi korang yang nak cuba terapi disini boleh layari facebook mereka :

Fb : Sutra Maya Wellness , untuk booking boleh telefon ke : +60 18-989 9282

Adress : Sutra Maya Wellness, G-50-0, Platinum Walk, No.2 Jalan Langkawi,, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Korang takkan menyesal punya. Selepas aku pergi sana , Juju pun pergi tau. Korang baca pula experience Juju. Memang kami yang dah cuba sangat-sangat satisfied tau!

Wajib pergi dan cuba sendiri ya. okay … bye..nanti Un share lagi perkara-perkara best. Bye.

2 thoughts on “Bertanggas, berurut dan bertungku di Sutra Maya Wellness”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *