PELUANG SAMBUNG BELAJAR DESS UM
DESS / UM

Peluang sambung belajar ; DESS / UM

Syukur… impian aku nak sambung belajar akhirnya jadi kenyataan. Dulu aku pernah belajar di USM , tetapi rezeki tidak memihak kepada aku. Kerana isu yang tak dapat dielakkan aku terpaksa berhenti pengajian pada tahun ke-3. Rupanya keperitan yang aku rasa, terbayar dengan lebih indah. Aku sebenarnya tak plan untuk sambung belajar Diploma Eksekutif Sains Siasatan DESS/UM ini.

Langsung tak plan. Ada terbaca di portal PDRM (esiar) tetapi tak tergerak hati nak mohon. Sehinggalah entah bagaimana, aku nekad nak mohon. Tapi ketika itu tarikh dah tutup. Aku cuba mohon juga, sebab pada sejarah yang lalu ada nama yang tak dapat sambung belajar, akan dicari penganti.

Akhirnya, pada hari aku interview… betul -betul dalam perjalanan balik dari interview Insp-ASP aku dapat panggilan dari Latihan Bukit Aman. Aku ditawarkan tempat untuk DESS. Alhamdulillah, syukur.. sesungguhnya rezeki takkan pernah salah alamat.

Pada petangnya, semboyan untuk aku dikeluarkan bersama senarai nama 7 orang yang lain. Alhamdulillah… aku bersyukur.

Tawaran DESS dengan kerjasama UM

PELUANG SAMBUNG BELAJAR DESS UM

Hari ini, 14/9/2019 aku dan semua rakan sepejuangan melaporkan diri ke Maktab PDRM Cheras. Kami ambil bilik penginapan hari ini. Esok baru start induksi. 🙂

PELUANG SAMBUNG BELAJAR DESS UM

DESS / UM – Program ini adalah setara degree terbuka kepada pegawai kanan PDRM dari INSP – ASP. Kos adalah full sponsor atau biasiswa JPA. Kiranya kos belajar kami adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Syukur.

Ini antara mereka yang aku kenal sebelum ini. Puan Pilly, Puan Chaterine. Seronok macam reunion semula kami bekas pegawai kanan Trafik KL.

Selama tempoh belajar, Asrama Cempaka akan menjadi penginapan kami. Roomate aku pula, Puan Norita rakan sepejuangan aku ketika ada di JSPT Bukit Aman.

Korang doakan aku dan rakan-rakan yang lain berjaya harungi perjuangan kami disini. Doakan segala ilmu yang dipelajari akan memberikan manfaat kepada PDRM dan masyarakat luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *