Eyes Vision Optical , Sungei Wang Plaza
Umminani

Sumbangan cermin mata buat anak yatim daripada Eyes Vision Optical , Sungei Wang Plaza

“Sapa nak ikut esok program dengan anak yatim?” – Ben Ashaari offer dalam group wasap KBBA9. Tanpa pikir panjang, terus UN balas, “UN!” Yes, nak ikut, dah memang tengah cuti satu hal. Kedua dah lama tak join program CSR. Ketiga – Sumbangan cermin mata buat anak yatim daripada Eyes Vision Optical , Sungei Wang Plaza adalah sesuatu yang istimewa kerana mereka bukan Islam tetapi nak sedekah / hadiahkan pada anak-anak yatim muslim!

Masa mereka jumpa UN, rasa bertuahnya dapat meraikan mereka. Aku ini semua ada, kadang aku sendiri ‘terbabas’ dan lupa erti syukur dalam kehidupan.

Aku balik rumah cerita pada suami, “Sayang, ada juga anak-anak ni mulanya masa jumpa Nani , ada sorang anak yatim ni ‘semacam’ je tengok Nani. Tapi nak balik, dia paling happy.. ” Luah pada suami. Tak terlintas langsung dengan jawapan diberikan, “Sayang tahu ke, masa mula-mula jumpa tu, mungkin dia tergamam, mana tahu arwah mak dia mungkin muka sama ke..atau dia teringat mak dia ke… “.

Aah lah, sungguh tak terpikir pun. Ya Allah, aku belum benar mendalami dan menjiwai mereka. Disebalik senyuman mereka ada sesuatu mungkin yang mereka pendam dan sangat merinduinya.

Saat mungkin bergambar dengan mereka, mungkin… mungkin mereka juga rindukan ibu mereka seperti mana aku melayani mereka.. subhanallah.. aku langsung tak memahami mereka saat semalam aku berhadapan mereka.

Sumbangan cermin mata buat anak yatim

Kecil bagi kita, besar bagi mereka. Daripada riak wajah mereka jelas sekali kegembiraan. Mr Jun sangat berbesar hati untuk berikan mereka seorang satu cermin mata. Bagi UN, semoga ianya memberikan satu sinar baru dalam hidup mereka.

Malah, dengan bantuan dan sumbangan cermin mata buat anak yatim ini juga boleh membantu anak-anak ini lebih cemerlang dalam pelajaran. UN mendoakan mereka yang bakal hadapi UPSR nanti cemerlang dan anak-anak yang lain pula lebih mudah dalam proses pembelajaran dan hafazan.

Belikan makanan …

Sumbangan cermin mata buat anak yatim. Semoga mereka lebih berjaya dunia dan akhirat!
Sumbangan cermin mata buat anak yatim

Kadang tak sedar owh sikap mak-mak dalam diri. Biasa kalau dengan anak-anak, memang jenis beli apa-apa dah packing sorang satu, tak letak dalam satu bekas besar.

Reason ???

  • Pertama, senang anak nak makan.
  • Kedua – dah terbiasa supaya tak berebut
  • Ketiga – Sama adil, bila anak dah pilih apa yang dia nak, tak ada lagi ruang nak tukar-tukar. (elak bergaduh). 😛
  • Ke-empat – Masing-masing bertanggungjawab atas barangan sendiri.
Sumbangan cermin mata buat anak yatim

Serius, seronok sangat aku diberikan kelapangan masa bersama mereka, walaupun aku banyak kekurangan.

Sumbangan cermin mata buat anak yatim

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Eyes Smart Group dan Eyes Vision Optical , semoga dimurahkan lagi rezeki dan dapat menyumbang lebih lagi kepada masyarakat dan negara.

Bantulah …jika tak banyak sedikit..

Nota : Rumah Sentuhan Budi memerlukan sumbangan orang ramai bagi untuk anak anak yatim dan asnaf di bawah jagaan mereka terutama untuk sewaaan rumah baru mereka di Petaling Jaya. Moga ada yang sudi membantu. 

Minggu depan ada lagi satu kumpulan anak yatim dan dengarnya ada OKU. Harap ada kesempatan untuk sertai batch kedua minggu depan. Amin.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *