bangi wonderland 2019 best ke tak?
Kisah Cuti/Travel

Bangi Wonderland 2019 – tempat paling senang nak bercuti

Jumaat malam, anak-anak dah start menyoal. “Ummi kita nak p mana?’
“Ummi jom la p jalan… “- Along. Dalam hati terdetik juga nak ke Bangi Wonderland 2019 masih belum sekali pun pergi lagi.

“Jomm…main badminton….” – Abah punya idea. Maka semua dah siap pakai baju sukan. Sampai jer, Semenyih Sport Center full pulak court. Merajuk..layan merajuk anak-anak bawa makan roti canai kat Rest 1.

Malam Jumaat tadi, jenuh nak pikir lokasi. Satu persatu idea..brainstorm.

“Kita p Sg Tekala la… okay??” Kita nak p PD ke??? No no..Ummi kerja malam nanti. (Sabtu malam, Ummi kena hadir program Oscar!)

Lain-lain cadangan…apa lagi best. Jenuh semua perah otak nak idea bernas…Lokasi yag semua orang rasa seronok and enjoy.

Jenuh nak cari idea..
Un pula sejenis mak ni tak ada lain hujung minggu pikir nak kemas rumah.. nak iron baju dan lain-lain.

Malam tadi tak diputuskan kemana…
Bangkit pagi dapat ilham p Bangi Wonderland. 
Ha…semua bersorak setuju.

Lepas rindu nak berendam dalam air di Bangi Wonderland 2019

Anak-anak memang suka berendam. Sesuai sangat buat pilihan mai sini. Best tu, adik dah 3 tahun, boleh lepas main sendiri dah. Dia dah bijak untuk bermain sendiri ditemani kakak dan angah.

Angah sedih masih tak layak main slide!

Cuma ini part sedih! Angah masih belum cukup ketinggian untuk bermain slide. Sikit kecewa dan terpaksa memujuk jiwa yang lara, cemburukan si Alng bermain.

BANGI WONDERLAND 2019 cantik

Facilities kat Bangi Wonderland semakin bagus. Ada lagi satu hall berbumbung. Kalau dulu hanya khemah / canopy. Selesa…ramai dapat berteduh. Tak sewa pondok pun masih selesa. 

So kalau rasa nak pergi bercuti tempat paling dekat atau ada bajet suam-suam boleh p Bangi Wonderland. Sesuai untuk semua umur.

Harga makanan mahal- jadi bawa bekal

Pergi je mana-mana waterpark harga makanan memang sikit mahal. Biasalah kan tempat begini memang wajar harga macam tu. Tapi bagi kami yang rumah sekangkang kera ni, bawa bekal jerlah.

Lepas tu, makanan memang tak boleh bawa masuk. Tapi, kita boleh keluar masuk untuk ke tempat parking. Jadi, kalau anak dah lapar sangat tu, keringkan badan dan bawa anak-anak naik pergi ke tempat parking dan makan.

Un maybe tak sama macam korang.Korang yang rasa nak makan kat dalam waterpark sangat dialukan. Cuma UN ni anak ramai, so selagi boleh jimat dan bagi anak-anak kenyang, inilah pilihan terbaik UN ada. 🙂

Pesanan khas : Kalau anak korang jenis yang tak boleh nampak sosej, nugget dll bawa bekal. Isi dalam plastik seakan korang beli. Memberi pilihan pada anak lebih baikkan?

So, masih makan makanan yang anak-anak inginkan. Kalau beli 3pieces RM4.00. Huhuuu, UN rela masak dan bawa bekal:). Jangan tiru aksi ini. Hahahaha !

Kenangan malam Sabtu – 3/8/2019 Oscar

Ambil hati siang hari. Tapi malamnya Ummi nak p kerja, tetap drama air mata. Terutamanya Si Ben Zakkir…hahaha kena tinggal lagi boys and girl. 😅 Mujur abah bawa p Speedmart, beli jiwa.

Ini pula malamnya. Kenangan di OCSAR di Damai Perdana. Kenangan sebelum meninggalkan IPD Kajang.

Peraduan sempena merdeka ke-62

Sempena bulan kemerdekaan kali ke–62 pada tahun ini, Bangi Wonderland ingin menawarkan 6 Months Unlimited Pass Bangi Wonderland secara percuma kepada 62 orang pemenang yang terpilih melalui cabutan bertuah*. Untuk memenanginya, anda perlu menyertai peraduan SNAP & WIN (Tertakhluk pada terma & syarat).

JOM SNAP&WIN!!!

Peraduan ini bermula pada 1 Ogos dan tamat pada 29 Ogos 2019, 6 petang.

Hadiah untuk dimenangi:
62 x 6 Months Unlimited Pass
Anda hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah sahaja:
1. Tangkap gambar anda bertemakan kemerdekaan atau perpaduan.

2. Muat naik gambar di Facebook atau Instagram dan gunakan hashtag berikut di ‘caption’ anda:
(#sayanak6MonthsPassCard#Merdeka62#officialbangiwonderland)
Tag kami di :
FB : Bangi Wonderland Themepark & Resort
IG : officialbangiwonderland

3. Berikan maklumat anda (Nama Penuh, No. Mykad, No. telefon) kepada Bangi Wonderland Theme Park & Resort melalui mesej personal (DM) di Facebook atau Instagram.
*Pastikan akaun anda disetkan ‘public’

Anda berpeluang untuk memenangi 6 Months Unlimited Pass Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Tarikh cabutan bertuah :
Cabutan pertama – 10 Ogos (20 pemenang)
Cabutan kedua – 20 Ogos (20 pemenang)
Cabutan ketiga – 30 Ogos (22 pemenang)
*Sesi cabutan akan disiarkan melalui FB Live Bangi Wonderland Themepark & Resort dan IG Live di officialbangiwonderland pada jam 11.00 pagi.
(Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas)

Ingin mendapatkan 6 Months Unlimited Pass secara percuma? Sertailah peraduan Snap & Win.

Bagi parent yang tengah merancang nak pergi bercuti, layari www.bangiwonderland.com.my.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *