Percutian UN dan keluarga minggu lalu sebenarnya bermula di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sebelum kami meneruskan perjalanan ke Tasik Banding Royal Belum. Kami bermalam di Kampung Tiak di rumah Sjn B Mohd. Seronok bersembang dan berkongsi cerita dengan orang lama. Dan melihat sendiri rasa bahagia mereka yang telah berpencen amatlah menyenangkan hati.
Pada masa yang sama Un dengan suami selalu berdoa agar pada masa akan datang kami juga akan dilapangkan masa serta di permudahkan urusan selepas ini dalam kerjaya. Niat untuk berbakti pada masyarakat ada, cuma pada masa yang sama harapnya dapat kami berpencen muda juga. Tolongggg ya, aminkan doa ini.
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong – Tiket Masuk
Back to story kisah kami ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Tiket masuk adalah seperti diatas. Harga adalah special jika anda adalah orang Baling yang sememangnya beralamatkan di Baling. Cuma berbeza RM1.00 daripada pengunjung luar.
Tempat ini jauh beza dengan suasana ketika UN datang dengan kawan-kawan masa kami kerja di JKR Penang suatu ketika dahulu. Dulu tidak secantik ini, sekarang ini kiranya memang cantik dan sesuai untuk kita komersilkan lagi tempat ini. Boleh mandi manda disamping menikmati suasana malam yang tenang dalam hutan di Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong.
Pelbagai jenis dan kedalaman kolam
Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga. Ada kolam kanak-kanak dan juga ada kolam yang memang khas bagi pengunjung dewasa. Tahap kepanasan juga berbeza dan boleh juga duduk santai sambil menghulurkan kaki dalam air yang suam-suam kuku sambil menikmati suasana yang aman dan damai.
Tempat ini dibuka 24jam, jadi anda boleh memilih ke sini pada bila-bila masa tanpa menunggu waktu cuti sekolah. Ramai yang UN perhatikan, mereka biasanya datang pada lewat malam. Mungkin suasana malam lebih tenang dan lebih seronok berendam dalam air panas disini.
Kami sampai kesini jam 10.00 malam dan duduk tak lama pun. Sehingga 1130 malam kami dah bersiap untuk balik ke rumah Sjn Mad. Anak-anak main juga di kola mini, namun mungkin kerana tidak biasa jadi mereka nampak kurang berminat untuk berendam lebih lama disini.
Jika berhajat kesini, boleh buat tempahan bilik dan menginap disini. Boleh sampai ke sini dengan waze atau maps sahaja Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong. Okay, selamat bercuti.
FAKS : 04-4731026 TEL : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Menarik gak ni, tiket masuk pun murah ja tu
Cam best je tempatnye..