Kisah Cuti/Travel

Tasik Banding Royal Belum sungguh memukau

Hi semua, masih lagi mood bercuti. Un menulis kali ini tidak mengikut urutan aktiviti yang Un lakukan dnegan keluarga. Ianya kerana Un nak pastikan apa yang Un nak cerita kena dengan mood dan ianya bukan datang dengan paksaan. Okay, kali ini Un nak share betapa excitednya kami nak ke Tasik BandingRoyal Belum / Perkampungan orang asli iaitu ke Kg Aman Damai. Namun, kerana kurangnya ilmu dan pengetahuan, maka apa yang Un teringin nak pergi terbatas. Un sambung cerita okay.

Air Panas Lenggong

Pada hari Ahad(17/3/2019) kami masih di rumah mak di Perlis. Petangnya selepas solat Zuhur kami bertolak ke Baling untuk bermalam di rumah Sjn Mad, bekas sarjan Sungai Petani. Masa dulu, husband pernah bekerja dengan Sjn Mad ini. Dan pada malamnya kami ke Air Panas Lenggong. Masa dirumah Sjn Mad, UN google apa lagi yang menarik di sekitar kawasan Baling. Akhirnya Un realize yang kawasan kami tingggal ini iaitu Kg Tiak dah dekat sangat dengan Taman Negeri Royal Belum.

Royal Belum JANGAN lupa mohon permit – House Of Boats dan Suasana Sekitar

Ini adalah pandangan dari atas jeti; Speed Bot untuk melawat sekitar kawasan Tasik Banding, Royal Belum

Hasil carian google Un dah teruja nak kesana. Ingatkan mudah la. Jadi pagi Isnin, nekad call nombor boat man hasil carian google. Memandangkan bukan lagi cuti sekolah, tak ramai pengunjung. Maka, boat man tidak bersedia setiap masa di kawasan tersebut.

UN nekad nak ajak suami pergi juga tengok kawasan berdekatan. At least sampai dulu ke jeti. Dan memang Un tak tahu kawasan jeti ini dipanggil Jeti Tasik Banding. Memandang kawasan ini sahaja dah teruja. Ingatkan sekali lagi, boleh beli tiket on the spot dan hajat naik boat tercapai. Rupanya UN salah.

Tasik Banding Royal Belum Perak
Bagi chance okay. Tasik Banding Royal Belum Perak

Untuk ke Royal Belum kena ada permit. Permit hendaklah di mohon sehari sebelum berlepas atau dalam masa 24jam sebelum ke Royal Belum. Ehmmmm… Nampak tak betapa kecewanya kami. Tapi, masih lagi mencuba mencari sesuatu yang boleh dibuat selain daripada memandang sahaja dari atas jeti. Tenang sungguh tenang menyaksikan air yang menghijau.

Tasik Banding / Lembah Royal Belum ; Kos satu speed bot

Kebetulan, anak UN nak ke toilet. UN beramah mesra dengan adik penjaga toilet. Rupanya memang boleh naik speed boat. Bayaran untuk sejam RM180.00 untuk naik dan pusing disekeliling Tasik Banding. Un rasakan inilah peluang untuk bagi peluang anak-anak naik bot. Jadi, UN tanya pendapat suami. Suami tidak ada halangan malah bersetuju. Jadi, masing-masing dah excited untuk naik speed bot. Kami setuju untuk membayar RM170.00 sejam mengeliling Tasik Banding.

Tasik Banding – Pulau Tali Kail :

Tasik Banding Royal Belum Perak
Tasik Banding Royal Belum Perak

Jadi, kami pun naik la speed bot. Teruja dan seronok semua orang. Okay sangat harga RM170.00 bagi satu keluarga. Kami Cuma tidak ambil pakej untuk menyaksikan raflesia dan juga kampung orang asli. Kami hanya singgah di Pulau Tali Kail. Memang lawa kawasan sini, dan jika berhajat untuk bermalam pun kos tidak mahal untuk sewaan chalet disini. Hanya RM80-150 semalaman bergantung kepada saiz bilik.

Tasik Banding Royal Belum Perak -Kawasan ternakkan ikan siakap untuk di EXPORT

Tasik Banding Royal Belum Gerik

Kami juga lalu ke kawasan ternakkan ikan siakap kahwin dengan ikan apa ntah satu lagi Un tidak ingat. Yang Un ingat, bot man cakap ikan ini hanya di export keluar Negara. Kos sekilo ikan ini dijual dengan lebih kurang harga Rm40.00 sekilo.

Selepas kami menyusuri Tasik Banding atau lembah Royal Belum, kami pun balik. Yang pasti semua orang teruja dan seronok dengan pengalaman ini. Tidak dinafikan ketenangan mendengar unggas dan burung berkicauan disini.

Tasik Banding Royal Belum

Bagi anda yang mungkin sedang percutian boleh menempah House Of Boat Pak Long  ( 019-702 0697) dengan harga RM2800.00 bagi 2 hari 1 malam , dan RM3000+ bagi 3 hari 2 malam. Satu bot boleh membawa 25-30 orang bagi setiap perjalanan. So, kira-kira semula bajet , ambil pakej percutian ke Royal Belum dengan rombongan amatlah berbaloi. Banyak aktiviti boleh dibuat dengan harga average seorang RM130++.

Kami harap, pada masa akan datang akan dapat peluang untuk kesini lagi dan menerokai Royal Belum dengan lebih mendalam. Sesungguhnya, panorama di Tasik Banding dan Royal Belum adalah tidak mengecewakan. Selamat bercuti Un ucapkan. Bye.. assalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *