Hi uols, huh! Hari ni cuti yer? Ehmm..Ummi dah mulakan kerja dari seawal 8am. Kerja shift  8pagi sampai la 8 malam. Ini pun atas jasa baik niat nak bantu kawan. Sebab ada pegawai yang sepatutnya ditugaskan hari ini ada hal, jadi Ummi bantu dia dengan ganti seharian.

Okay ker kerja masa orang lain cuti? Eh,i suka tau. Sebab bila orang lain sibuk kerja nanti kita pula bercuti. Time tu boleh ambil off bila orang bekerja. Boleh la pergi menonton wayang dengan cik abang dengan tenangnya. Gitu! Hahahaha

So , hari ini seharian Ummi pantau bilik gerakan trafik dan bila ada rest sikit tu Ummi habiskan baca buku “Aku Tak Nak Miskin” yang famous gitu. Buku ini tulisan Chef Li. Serius rugi kalau tak baca. Sini bukan Chef Li tunjuk nak masak jer. Ada banyak tips lain yang boleh diaplikasikan. Dan ada juga kata-kata yang buat pembaca seperti Ummi sentap.

Wajib uols baca tau. Banyak yang di pelajari dalam buku tulisan Chef Li. Okayla, ini sahaja update hari ini. uols jangan malas-malas yer, esok uols kerja tau! hehehe ..

2 thoughts on “Hari Wesak Orang Bercuti Tapi Ummi Bekerja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *