Rambut Gugur Selepas Bersalin
Alhamdulillah, tahun ini anak Ummi dah masuk 4. Seronok memang la seronok, namun begitu Ummi sama juga seperti ibu-ibu lain kat luar sana yang ada masalah rambut gugur selepas bersalin. Masa Ummi anak seorang okay lagi, walaupun ada juga masalah rambut gugur ini. Selepas bersalin berturut-turut, Ummi memang dalam keadaan stress sangat. Bukan tak ada daya usaha tapi apakan daya, nak guna kaedah tradisional tak sempat.
Ini anak-anak Ummi:
Anak pertama : Muhammad Afeef Mustaqim 7 September 2010
Anak kedua : Muhammad Afeef Muhaimin 3 Februari 2013
Anak ke tiga : Nur Afeefa Maisarah 12 November 2014
Anak ke empat : Muhammad Afeef Mudzakkir 16 Mac 2016.
Rambut Gugur Terlalu Banyak
Ummi stress sangat dengan bilangan rambut yang banyak gugur bila sikat. Ini belum lagi kalau lepas mandi dan syampoo. Urut je rambut terus segenggam rambut kat tangan . Mulalah Mr Suami membebel, Ummi ni , lepas mandi jangan lupa nagkat rambut yang gugur tu. Banyak sangat nanti tersumbat pula bilik mandi. Ummi kadang iakan dulu, hahaha sebab kadang mandi pun berlari-lari kan…sila faham keadaan mak anak 4. Nak selesa mandi, bila budak- budak masih lagi tidur. Ibu-ibu mesti faham la situasi ini. Yer kan?
Sekarang ini Adik Zakkir masih lagi bf. Ehm..kata orang sebab bf la rambut banyak gugur..korang setuju ke? Ummi nak mengiakan pun tidak, nak kata tidak pun tak boleh juga, tak ada kajian saintifik. Tapi mungkin antara sebab rambut banyak gugur adalah kerana sebab-sebab dibawah :
5 Sebab Rambut Gugur Lepas Bersalin
Perubahan hormon
Tekanan
Pola pemakanan tidak sihat
Berusia dan memiliki ramai anak
Faktor Usia
KOMEN UMMI
Ummi tak nak lagi hidup dalam ketidak selesaan. Nak juga cari penawar bagi rambut gugur. Semoga satu hari nanti Ummi dan sahabat Ummi yang membaca coretan ini beroleh rambut yang lebih sihat dan cantik. Buat masa ini redha dalam proses membesarkan anak-anak. Pasti ada hikmah. Tapi pada masa yang sama, Ummi harap jumpa juga penawar mengatasi masalah ini.
RUJUKAN : KARANGKRAF
Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.
Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.
Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.
Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.
Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.
Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.
Pola pemakanan tidak sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.
Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.
Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama. Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.
Faktor usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.
Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi. Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia. Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya. Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.
Rambut gugur selepas bersalin merupakan perkara biasa bagi seorang wanita.. isteri saya juga pernah mengalaminya… inilah antara pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan cahaya mata.. terima kasih di atas perkongsian info…
fuh adakah satu faktornya adalah faktor usia ?
Seriously sbb usia k.ummi?adui…haha.
Bonda tu tak tau nak cakap..i dah masuk 30an.. 🙂
Saya pun mengalami masalah yg sama. Fully breastfeed. Tp Alhmdulillah saya dah jumpa produk yg sesuai dgn saya. Kini tiada lg masalah keguguran rambut. Masalah nya skrg sy terasa amat sakit apabila ank sy tarik rambut saya.. walaupun seurat tetap tidak gugur.. akar rambut jd kuat.
Ya ka…hahahaha bab anak tarik rambut tu memang x dapat nak nafikan memang sakit dalam bahagia.
Umminani, saya tak kahwin lagi pun rambut dah start gugur banyak. Harap umminani boleh share tips jaga rambut kalau ada ya. T.T
Yulia, akak masih mencari…doakan jumpa yang serasi yer.
Insya Allah Ezza ada penawarnya…
Terima kasih , insyaallah lambat atau cepat mesti jumpa juga.
boleh cuba catalyst hair treatment. hehe. sy jual jugak. utk anak pn ok sbb ia lebatkan rambut anak..