Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

PENULIS

Salam Perkenalan daripada – Umminani. Semoga apa yang kalian cari dan dapat daripada blog ini boleh memberikan sedikit sebanyak manfaat. InsyaAllah.

umminani 2022
2022
2019

Berasal daripada keluarga yang sederhana, saya Nooraini Binti Ali telah dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis pada tanggal 22 September 1985. Anak ketiga dari 4 adik beradik. Saya juga merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Pendidikan Awal

Masa ini tahun 2001, kami adalah batch 1 di sini.

Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri Perlis dan seterusnya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau Perlis. Kejayaan dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), telah melayakkan saya meneruskan pengajian tingkatan 4 dan menjejak kaki ke MRSM Pendang Kedah.

Kejayaan demi kejayaan yang dilalui, telah membawa diri saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan iaitu Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA, UiTM Arau, Perlis. Saya berjaya memperolehi segenggam diploma.

Perjalanan Kerjaya :

2010

Karrier saya dalam pasukkan bermula pada 1 September 2008 sebagai pelatih Inspektor di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur selama 1 tahun sehingga 31 Ogos 2009. Setelah tamat latihan, saya telah ditempatkan di Cawangan Trafik sebagai pegawai penyiasat Trafik dan seterusnya sebagai pegawai Tatatertib dan Pegawai Waran Tangkap Trafik Bukit Aman dari 2011 sehingga 2018.

Memilih menyertai PDRM sebagai titik kedua dalam kerjaya selepas berkhidmat selama setahun di JKR Pulau Pinang. Memulakan latihan sebagai pelatih inspektor di Pulapol, Kuala Lumpur. Pernah bertugas di Trafik KL, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman sebagai Inspektor PRO dan Inspektor Kepolisan Am Trafik Kajang.

2020

Tahun 2009, tamat latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL KL, saya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai polis. Kini, hasil perkahwinan saya bersama suami, kami telah dikurniakan rezeki zuriat seramai 4 orang. – 4 orang cahayamata, 3 lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Afeef Mustaqim, Muhammad Afeef Muhaimin, Nor Afeefa Maisarah dan Muhammad Afeef Mudzakir. 

Menyedari kepentingan menuntut ilmu saya telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Namun begitu, oleh kerana kekangan kerja dan keluarga yang baru sahaja dalam proses permulaan, saya terpaksa untuk menangguh pengajian dan akhirnya telah mohon berhenti pengajian pada tahun ke-3 pengajian. Saya redha dengan situasi yang harus saya lalui, ianya suatu pengorbanan.

Pada September 2019  saya telah berjaya mendapat tajaan sepenuhnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan PDRM bagi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau dikenali sebagai kursus jangka panjang pengkhususan dalam Diploma Eksekutif Sains Siasatan. Syukur, doa dan impian saya dimakbulkan oleh Allah swt.

23 September 2020 – Rezeki di naikkan pangkat dari Inspektor Polis kepada Asistant Supt Polis. (ASP). Kenaikkan pangkat ASP

Blogger & Penulis

 Blogging memfokuskan kepada lifestyles,berkongsi selagi bermanfaat, itu motto utama saya.

mama blogger malaysia

 Serba sedikit tentang Umminani :-

  • Nama penuh : Nooraini Ali ( Umminani ) 
  • Blog : www.umminani.com
  • Facebook : Facebook Umminani 
  • Ig : Ummi_nani
  • Phone : 012-4430338

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Batu Karang dalam pundi kencing
  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Kawan Facebook aku ni ada PCOS dan dia boleh mengandung !
    Published on 2023-12-07 By Ben Ashaari
  • Resepi mudah ayam bakar madu guna air fryer
    Published on 2023-12-06 By Ana Jingga
  • Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia - Ria Resty Fauzi
    Published on 2023-12-06 By Azhafizah MN
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - segala jajan dibeli.
    Published on 2023-12-05 By Azian Elias
  • 5 Kelebihan Cuka Buah Tin Ramai Tak Tahu
    Published on 2023-12-05 By Dr Rizal Abu Bakar
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov    

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov    

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme