Semua orang inginkan badan yang sihat dan pastinya bila cantik adalah satu bonus untuk lelaki atau perempuan. Dan masalah yang biasa dialami bila dah kurus ini adalah kulit menggeleber selepas kurus. Bila pegang tu, terutama perut dan bahagian lengan, rasa macam kulit ayam tanpa isi. Siapa pernah alami macam ni? Geramkan? Rasa nak Tarik je kulit tu, atau lebih beremosi rasa macam nak isi semula bahagian yang menggeleber dengan isi badan, tapi taknak lah gemuk semula. Kali ini UN nak share tentang rawatan Radiofrequency Treatment di Klinik Aesthetic.
Radiofrequency Treatment di Klinik Aesthetic
Cara alami untuk jadikan kulit Kembali anjal adalah dengan mengamalkan senaman sihat dan juga senaman yang berkala supaya kulit menggeleber tidak lagi nampak tak kemas. Badan yang ada kulit menggeleber, bila OOTD nampak tak cantik, berbanding badan yang tegap dan kemas.
Maka, nak selesaikan isu ini, UN ada terbaca yang selain daripada senaman kardiovaskulr, Radiofrequency Treatment (RF) merupakan salah satu cara untuk mengecilkan bahagian paha atau lengan yang menggeleber dan dapat tegangkan kulit juga. Sebenarnya ramai je yang nak tahu macamana nak kembalikan keanjalan kulit, tapi tak jump acara yang mudah. Dan bila membaca dan terjumpa di media sosial perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Aesthethic Dr. Bazilah di Shah Alam dan Bangi terus rasa percaya dan selamat untuk buat. Ini bukanya kesan daripada viral yang terjadi pada hari ini,tetapi melihat kepada kesan dan kebaikkan untuk kembalikan kecantikkan tubuh badan yang elok dan kelihatan segar serta bermaya.
Kenapa Rawatan Radiofrequency Menjadi Pilihan untuk Kuruskan Badan?


Rawatan Radiofrequency ini menjadi pilihan untuk melangsingkan badan pada masa kini, kerana:
• Rawatan ini adalah penyelesaian yang cepat untuk mengecilkan bahagian-bahagian yang berlemak dalam tubuh. Untuk mendapatkan hasil yang baik, perlukan rawatan yang berterusan. InsyaAllah sebarang rawatan jika benar-benar dilakukan dengan istiqamah pasti akan dapat hasilnya.
• Walaubagaimana pun rawatan sahaja tidak memadai, ianya perlukan keseimbangan dengan latihan senam yang berterusan.
• Proses rawatan Radiofrequency ; MUDAH dan selamat. Cuma terasa kesannya pada masa sedang buat rawatan sahaja, selepas rawatan semua okay.
• Tiada persiapan khusus diperlukan. Cuma bila dah melabur untuk proses ini mestilah seiring dengan amalan pemakanan sihat. InsyaAllah dapat hasil yang baik.
Radiofrequency Treatment di Klinik Aesthetic –Kebaikkan Rawatan Radiofrequency
Kelebihan utama yang menjadi minat anak dara masa ini adalah dengan mendapatkan rawatan Radiofrequency dan boleh meruncingkan dagu dengan cepat. Tertutamanya bagi bakal pengantin untuk kelihatan cantik berwajah runcing dan tubuh badan sihat.
Proses slimming –

Untuk mendapatkan badan yang sihat dan kurus, di Klinik Dr Bazillah ada menyediakan rawatan atau perkhidmatan injection. Injection adalah menggunakan saxenda atau liraglutide injection untuk mengawal selera makan.
Injection ini bertujuan untuk turunkan berat badan secara keseluruhan. Yang penting mudah dan selamat.
Kebaikan dan Kelebihan Rawatan Radiofrequency

Rawatan Radiofrequency juga adalah rawatan yang boleh dilakukan untuk mengecillkan dan mengurangkan pipi yang kelihatan tembam/ berisi. Ini boleh juga membantu mengurangkan double chin bagi mereka yang mengalami asalah wajah berisi. Apa kebaikan dan kelebihan Radiofrequency Treatment ni?
• Membentuk muka menjadi lebih tirus
• Mengurangkan lemak di bahagian lengan, perut, peha, punggung, betis dan bahagian lain
• Mengurangkan kedutan dan garis halus
• Mengurangkan selulit
• Menstimulasi pertumbuhan kolagen
Radiofrequency treatment boleh dilakukan oleh semua orang kecuali mereka yang ada masalah mempunyai alergi, luka atau kulit yang sensitif. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum waratan. Semoga alternatif begini boleh membantu ramai orang yang ada masalah nak kurus, flabby dsbnya untuk mendapatkan bentuk badan, wajah dan menyelesaikan pelbagai masalah lain dengan mudah dan selamat. InsyaAllah.
Paling penting, rawatan di klinik dr bazilah ni adalah tanpa pembedahan. Lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan. Hasilnya tidak lah seperti melakukan pembedahan plastik, namun dapat membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info berkaitan melalui :
Whatsapp :
+6019-6571563
Atau click link ni http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Call :
03-89229681 (Bandar Baru Bangi)
03-50357359 (Shah Alam)
013-817 7005 (Kuala Lumpur)
www.klinikdrbazilah.com
Dah kurus kena anjal kan kulit tak de lah nampak gelebeh kannn… Bagusnya ada treatment gini.
Bagus ni, resiko sedikit tanpa pembedahan. Izin save …