Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Basikal elektrik di Penang

Cuti-cuti Penang 2022 ; jom visit Penang

Posted on 06/14/202206/14/2022 by umminani

KAMPUNG AGONG

KAMPUNG AGONG – sesekali nak merasa dan menikmati suasana kampung, boleh ke sini. Ada homestay yang cantik dan harga berbaloi. Tempat OOTD yang best.

Esplanade Penang @Padang Kota Lama

Padang Kota Lama dah jadi baru. Tempat cantik untuk dapat view laut di Bandar Georgetown.

Tapi sesak jangan nak kata lah. Ni pun kami dapat singgah seawal 830pagi. Kalau hujung minggu, petang atau malam, full parking.

Jadi nak p sana perlu bertabah untuk memandu dan cari parking.

Best. Cuma sedih bila nampak botol air mineral bersepah di bawa ombak. Oh rakyat Malaysia!

Ronda Georgetown

Sewa basikal elektrik dikedai uncle kat Jalan Armenian – Rm20/hour.

Kalau lebih 10 minit kira halal, kalau lebih 30 minit, uncle ambil Rm5. Tambah 1 jam kira 1 bike Rm10 shj.

Tapi untuk kami, 1 jam dah cukup keliling Lebuh / Lorong kecil di tengah Georgetown. Boleh singgah di Balai Bomba Lebuh Pantai juga untuk bergambar.

Ada peta di sediakan. Boleh singgah bergambar ikut template atau gambar kesukaan.

Hati² sahaja bila melalui jalan yang ada kenderaan / motorsikal. Jalan utama ni bahaya sikit.

Pengalaman baru untuk Along dan adik-adik. Panas terik, tapi best.

Untuk yang nak menaiki beca, Rm30 bagi 1 jam perjalanan. Berbaloi dengan harga begitu, kerana anda akan dibawa pusing ke kawasan sekitar, yang ada pelbagai mural atau street art yang best².

Singgah sini, anda boleh beli tshirt dengan harga Rm20-Rm25 sehelai. Kami dapat Rm20 sahaja, kain jersey. Lawa design² yang di pamerkan dengan menggambarkan keindahan dan nostalgia Pulau Mutiara.

Chew Jetty /Tan Jetty Penang

Kalau p Penang, mesti p kawasan ini.

Lihat perkampungan Cina, bersih. Respect!

Bukit Bendera Penang- 2022

Bukit Bendera Penang- 2022 :

Tiket dewasa Rm12.

Kanak2 Rm6

(Tiada harga istimewa untuk goverment staff).

📍 Bukit Bendera / Penang Hill

Warong Cafe Penang

Nak cari tempat selesa untuk menikmati Mee Udang, Laksa, Nasi Buttermilk, ROjak dsbnya? Mai la try kat Warong Penang Cafe.

Ini kali ke-2 p sana. Overall, rasa makanan okay. Sesuai dengan citarasa. Sedap la.

Lokasi tak jauh dengan bandar. Depan IPK Kontinjen Pulau Pinang ( di halang pemandangan oleh bangunan / Cari by Waze).

Atau mudahnya, tepi bangunan hijau Alam Hijau. Boleh parking disini juga utk melawat kawasan sekitar. Nak beli Jeruk Pak Ali, nak p Pasar Chowrasta pun boleh parking disini.

Nasi Kandar Merlin

Masih ada peminatnya, Nasi Kandar Merlin ada peminatnya sendiri. Tapi kalau tanya kami, kami suka lagi makan di Deen Maju. Kuah kari Deen Maju lagi mengancam. Tapi jenuh laaa nak beratuq, ada pro dan contra.

Deen Maju :

Deen Maju juga best. Kuah kari pekat elok.

Bahaya mai sini, parking kalau salah kena clamp! Nak buka clamp tu bayar Rm50 on the spot.

Sama dengan harga makanan la pulak. 😩

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini, banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi. Jaga diri dan juga keselamatan barangan keluarga. Semoga percutian ini bermakna untuk semua. Selamat bercuti.

1 thought on “Cuti-cuti Penang 2022 ; jom visit Penang”

  1. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    06/15/2022 at 10:09 am

    bestnya jalan-jalan ke Penang, best banyak tempat boleh di lawati tempat makan pun banyak yang best cuma tak tahan tang panas dan sesaknya tu dah macam di KL

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Konvokesyen Raudhah Montessori Centre, Semenyih
  • Restoran Mak Kimbong Bangi – Birthday Angah ke-10
  • Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC)
  • Hari Keluarga Pematuhan Standard JIPS, Bukit Aman
  • Baju sekolah di Hari-Hari

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Resepi gulai siput sedut belimbing buloh
    Published on 2023-03-14 By Ana Jingga
  • Santai ngopi RICHIAMO, Elmina Temu Business Centre
    Published on 2023-03-14 By Azian Elias
  • 11 Khasiat Daun Ubi Keledek (Tinggi Nutrisi Berbanding Bayam!)
    Published on 2023-03-14 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Tidur Lebih Mudah Dan Atasi Masalah Stres Dengan Eskayvie Mindtropic
    Published on 2023-03-14 By Lya Akif Imtiyaz
  • Petting Zoo in Kuala Selangor - Husin Fauzi Farm
    Published on 2023-03-14 By dorsett pink
  • Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda
    Published on 2023-03-14 By Ana Suhana
  • Apa yang perlu dielakkan selepas berkhatan ?
    Published on 2023-03-14 By Ben Ashaari
  • Terasa Berada di Spa dengan Ginvera World Spa Shower Scrub
    Published on 2023-03-13 By Qaseh Dalia
  • Nak Info Travel dan Review Makanan Sedap? Blog Ini Tidak Akan Menghampakan Anda!
    Published on 2023-03-13 By sohoque
  • Siaran Langsung Live Kelantan United vs Kedah Liga Super 2023
    Published on 2023-03-13 By Azhafizah MN
June 2022
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« May   Jul »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
June 2022
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« May   Jul »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme