Sebak..TiapĀ² tahun tibanya akhir ramadhan, teringat hari terakhir Ayah pergi meninggalkan kami selamanya 2014. mengimbas kembali saat tu, ayah tidak langsung tunjukkan apa-apa tanda mahu pergi selamanya. Cuma ada arwah ayah teringin nak makan pulut panggang, ni orang Kl sebut. Adoi sungguh lupa apa orang Perlis sebut, tapi namanya lain di Perlis. Saat ini, rasa rindu pada ayah tidak ada ganti. Walau ayah tak banyak bicaranya, dia tetap berjasa dalam hidup ini.
Hari buat ketupat
Hari buat ketupat. Ayah disemadikan. Ayah, Semoga ayah tenang disana. PergiMu di bulan ramadhan. Semoga Allah ampunkanMu ayah. Imbas kembali 2014. Baju raya tahun tersebut , ayah merajuk tak pakai. Biasa tahun sebelumnya , tshirt dibeli ayah terus pakai walau belum raya. Kira ramadhan tu dah rasmi. Tahun 2014, akulah yang cakap ” ayah simpan pakai pagi raya…. ,akhirnya… dia terus tak sempat pakai pagi raya pun. Sempat sarung try je…
Kak rindu ayah. Tak sempat berbakti lama , allah bagi peluang selepas kerja 2009-2014 sahaja untuk balas jasaMu ayah. Tak dapat mewahkan ayah di dunia. Tapi walau jasad tak ada harap ayah mewah di akhirat sana dengan doa anak soleh dan solehah.
Al fatihah
Salam Takziah Utk Pn sekeluarga…rindu xbertepi ya Pn
terima kasih Puan