Ramai yang tgk chef2 kat ig masak guna kuali berkualiti dan tak melekat. Sis try je beli di shoppe jenis yang sama, ada design bahagian dalam kuali sama macam insta chef celebriti guna. Yes, betul, memang tak melekat, lasak dan boleh guna senduk besi. Tak gaduh nak pikir lapisan yang atas sekali tu terkopek dll. Sebab memang dah guna sejak beberapa bulan lepas, tak melekat!Cari di shopee, harga mahal sikit, tapi kualiti best. Cuma berat!
Kuali honeycomb ada beberapa kualiti , beli yang harga mahal sikit, lagi berat dan kualiti bagus, compare dengan yang berharga Rm39++.
Masa nak beli, pastikan yang bawah ni bercorak yang ni lebih berat dan berbaloi beli bagi sayalah. Sebab ada sejenis lagi , bawa kuali tu licin. Bezanya dia cepat ada kesan-kesan hitam.
Dan masa nak beli , you all kena tengok juga, kalau yang 2nd un beli tu, dia lebih murah, maka barang yang sampai lebih ringan dan tanpa penutup.
Ada beberapa jenis kuali ni, korang kena lihat betul -betul sebelum beli. Bahagia dalam memang macam dalam gambar.
Overall yang ni sepanjang UN guna untuk memasak memang tak tinggalkan kesan atau tidak melekat. Sangat berbaloi untuk ada dirumah, korang masak apa pun yang boleh melekat teruk pada kuali, tapi kuali ini tak akan tinggalkan kesan macam tu. Rendam air sikit dan cuci terus keluar ‘kerak’ kalau pun ada.
Sungguh ini adalah kuali yang wajib ada dirumah.
Masaklah apapun , periuk atau kuali honeycomb ini memang mudah nak cuci, nak basuh tak payah sental. Dan yang pastinya, material yang digunakan memang anti calar. Tak tengok un masak? Yang guna kuali ini tak pernah lagi masuk blog jadi bacalah resepi lain ya 🙂 Resepi ayam masak merah yang antara resepi yang famous dalam blog ni 🙂
Kualiti stainless steel ini terbaik, berat dan berkualiti tinggi. Saya beli di Shoppee je. Korang boleh cari di Shopee juga, dan berbaloi beli yang ada penutup.
Untuk menikmati koleksi makanan un masak klik sini ya 🙂 UNMasak
Ada gak dok survey kuali baru ni . Memang 1st choice cari yang mudah dicuci dan tak melekat .Menarik plak tengok Nani story . Nanti ai try usyar
dah lama kak azni aimed yang ni. tapi tak terbeli beli hahaha. tengah pulun nak buat project kemas rumah dulu, kalau beli ni tak tau nak letak mana pulak nnati
Wah bagus nyer kuali macam ni, nanti kalau nak ganti kuali baru i will check out.
ya.. thank you kelly cantik
Salam puan, apa nama brand kuali ni yer? Sy tak pasti namanya bila tengok kat kotak kuali tu. Mohon share yer TQ.