Glamping di Tanah Aina, Raub ; berada di hutan dekat dengan sungai

glamping di tanah aina fahad best

Glamping di Tanah Aina Fahad adalah suatu pengalaman tak boleh nak lupa. Berada di Tanah Aina Farhad Glamping park sangat best!!! Serius best! Sangat sesuai untuk mereka yang mencari ruang lokasi relax, berehat dengan pasangan atau keluarga, dengan ditemani alunan bunyi² unggas di hutan.

Mula-mula melangkah masuk ke kawasan ini langsung tak bayangkan bilik yang kemas lagi lawa. Ingatkan style berkhemah cara sekolah dulu lah.Jadi tak berapa nak excited pada mulanya.

Bila berada dekat dengan khemah, mata mula merayau. Jenguk tengok ke dalam khemah, “wowww!! Tak sangka sehebat tu.!!” Serius best. Betul, ini memang glamping.

Ini bilik saya tidur – bilik Queen

Glamping dengan ada katil yang selesa, ada pilihan khemah ikut atau bilangan yang datang. Dan ruang luas tau walaupun dalam khemah. Kali pertama datang dah terpaut hati di Tanah Aina Fahad.

Ini pemandangan cafe di Tanah Aina Fahad.

Berada di cafe pun dah teruja denga deruan air terjun dan udara hutan yang sangat segar….oh oh oh…. thanks sayang ( Muazam Nawawi dengan izin i datang sini merelaxkan diri 🥰).

Waktu malam boleh menikmati bunyi air dan unggas. Ada kawasan untuk berehat, boleh duduk di cafe atau ada khemah untuk bermesyuarat secara open air disediakan. Suasana malam memang sejuk.

Kalau ada kelapangan boleh la main Giant Chess. Tapi memandangkan ini hutan dan sunyi sepi je walaupun ianya hanya di tepi cafe, kami tak main pin. Badan pun dah letih, kalau siang mungkin lebih semangat untuk bermain, terutamanya jika bersama keluarga.

Glamping di Tanah Aina Fahad ; dekat sangat dengan ciptaan Tuhan

Berada di sini, terasa sejuk sangat. Sejuk dan damai ha…ini lebih tepat. Ianya seolah-olah mencari semula jiwa yang hilang, yang penat di kota. Meninggalkan saat kesibukkan kota dan merasai sejuk dan indahnya alam. Kadang kita lupa bahawa Allah swt ciptakan hutan , air terjun dan sungai adalah untuk menjadikan kita bersyukur dan dekat dengannya. Sesekali perlu bawa diri kembali ke fitrah kehidupan dekat dengan alam yang menghijau. Kembalikan ketenangan dan kedamaian diri.

glamping di tanah aina fahad best  sebab ada port ambil gambar.

Ada titian gantung. Dari sini boleh lihat betapa indahnya sungai yang Allah swt ciptakan. Cuma ini yang masih tinggal dan perlukan kita untuk menjaganya untuk anak-anak menikmatinya pada masa depan.

glamping di tanah aina fahad  kativit air disediakan

Disini juga disediakan aktiviti water confident. Boleh lakukan dengan pemantauan oleh life guard yang disediakan oleh pihak pengurusan Tanah Aina Fahad. InsyaAllah selamat. Buat dengan penuh yakin.

glamping di tanah aina fahad best

Glamping ala mewah.. glamarous gitu. Toilet berasingan daripada khemah, tapi jangan risau.. tip top bersih dan selesa. Disini juga, kalau melangkah masuk ke dalam toilet rasa macam masuk ke spa Bali. Ukiran dan interior design dalam toilet pun lawa. Tak snap gambar bahagaian dalam,biar sesiapa yang baca ini, surprise sikit dan teruja nak pergi lihat sendiri.

glamping di tanah aina fahad best , nak datang lagi

Saya dah rasa betapa bestnya menginap disini. Bukan sahaja khemah, jika nak duduk atay stay in dalam pondok penginapan pun ada. Pun lawa juga, boleh tempah untuk honeymoon. Sungguh lawa, cuma nak tahu lebih lanjut bolehlah layari website Tanah Aina dan juga boleh buat tempahan di nombor yang dikongsikan. Tel: 016-609 0493 Location : https://bit.ly/395IYd4

glamping di tanah aina fahad best dan berbaloi

Dinasihatkan korang untuk booking awal supaya tak kecewa, kerana setiap kali hujung minggu semua khemah-khemah dan juga pondok adalah full booked! Jika berhajat ingin adakan sebarang majlis perkahwinan atau apa-apa majlis boleh dibuat disini. Ada dewan terbuka yang cantik dan luas. Jadi perlu merancang dengan awal dan juga sebaiknya. Namun, jika sebaliknya berlaku, ingat yang ALLAH swt adalah sebaik-baik perancang dalam apa juga keadaan.

Percutian secara berkumpulan :

Jika berhajat untuk melakukan percutian secara berkumpulan , boleh hubungi nombor telefon 017-3858477 dan menggunakan perkhidmatan Zam Holiday. Mereka sangat pentingkan S.O.P dan juga kebersihan serta keselamatan penumpang.

Selain itu, kalau dah mencari lokasi-lokasi best di Pahang, boleh juga melawat ke Kuala Lipis. Ada beberapa lokasi menarik di Kuala Lipis dan boleh juga singgah ke Janda Baik.

7 thoughts on “Glamping di Tanah Aina, Raub ; berada di hutan dekat dengan sungai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge