Bismillah hirrahman nirrahim. Dalam sejarah hidup UN, ada jatuh dan bangun. Jika siapa yang kenal UN sejak 2013, pasti ramai tahu yang UN bercuti tanpa gaji selama 2 tahun. Sejak itu mula berjinak dengan business. Ada tu sehingga ribuan ringgit lebur, kerana niat ketika itu hanyalah mahu kaya dan kaya. Tak matang dan tidak ada ilmu. Niat tak betul. Maka, apa sahaja cubaan untuk berjaya, sejujurnya GAGAL. Bila Allah swt, lorongkan UN untuk baca buku Ibrah Sirah untuk bisnes ini, ianya bagaikan satu sinar cahaya muncul.
UN juga seperti orang lain. Mahu kaya dan berjaya untuk capai big why kita. Dan pastinya banyak sungguh big why dalam hidup yang nak diperolehi. Cuma kadang tu salahkan takdir pun ada juga, sebab belum lorongkan kearah sesuatu jalan yang pasti untuk menjadi kaya dan berjaya. Walaupun ini kisah seorang usahawan, aku ambil teladan untuk aku juga berjaya dalam kerjaya, selepas 12 tahun bekerja.
Rupanya aku silap. Nak kaya dan berjaya mudah, tetapi mestilah meletakkan semuanya pada DIA yang satu. Kita hanya usaha, tetapi rezeki itu berbalik semula kepada Allah swt, pada siapa DIA nak beri. Sama juga masa cuti nak bisnes dulu, fokus hanya nak berjaya, nak cuba berniaga. Silap. Selepas jatuh terduduk, baru sedar yang banyak lagi perlu baiki diri untuk menjadi insan yang benar-benar berjaya dunia dan akhirat.
Imbasan dulu 2013-2014
Jika dulu, anak kecil.Makanya, aku dalam keadaan tertekan. Di pejabat dengan kerjanya, dirumah dengan kerjanya Itu pun tak dapat nak selesaikan. Malah, hubungan dengan suami pun tak cantik, nak kerja belaka lah kata orang utara. Lupa, hakikat sebenar nak berjaya solat kena dahulukan, suami kena redha dll. Ehmmm..tarik nafas panjang kalau imbas zaman silam.
Bila baca buku Ibrah Sirah untuk bisnes, ianya bagaikan satu cahaya baru. Satu lembaran demi lembaran dibuka, ada sinar, ada kekuatan yang aku dapat. Aku hanya mampun lihat masa lalu, dan aku ingin perbaiki masa depan. Buku ini juga membuka ruang pemikiran yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Semuanya dalam milikan ALLAH Swt. Dia nak beri rezeki pada siapa dia kehendaki dan pastinya ikutlah apa yang nabi ajarkan pada kita.
Sesungguhnya, dalam kehidupan Nabi Muhammad s.aw itu lengkap pelbagai ilmu dunia dan akhirat untuk dijadikan panduan. Lupa dan kurang pengetahuan bukan hanya buat aku jatuh malah gagal. Kurang ilmu , kurang membaca dan teladani apa nabi ajar, buat aku tersungkur.
Jika membaca setiap helaian buku ini, dalam buku ini penulis berkongsi setiap tindakan yang boleh dilakukan untuk berjaya. Malah penulis ringkaskan apa yang perlu dilakukan untuk menyantuni pelanggan dan memastikan pelanggan berminat membeli dengan kita, bukan sahaja dia suka dengan testimoni yang banyak dan berlambak, tetapi hubungan penjual dengan bakal pembeli juga memberi kesan kepada bisnes.
Kejar kan rezeki, kalau ALLAH kata belum masanya, takkan dapat. Buku ini macam memujuk jiwa gitu. Sungguh bukan sahaja untuk bisnes, tapi jentik hati untuk menjadi lebih baik. Jika dalam ni menggunakan perkataan usahawan, tetapi bagi aku, akulah usahawan itu yang sentiasa ada urusniaga dengan Allah swt.
Kata penulis, “Solat adalah tiang agama. Ia permulaan untuk usahawan memahami, menghormati masa dengan soalt awal waktu. Sekiranya kita sibuk, mula untuk solat awal waktu. Bermula dengan itu, kita akan menghormati masa dan mengurangkan keluh kesah dunia.”
Ehm… deep kan.. itu baru sikit. Banyak lagi yang menatik dalam buku Ibrah Sirah untuk Bisnes ini. Sungguh, jika kelam jalan.. boleh dapatkan buku ini. Ambil masa untuk bertapa dan mencari jalan kejayaan. InsyAllah setiap yang datang pasti ada hikmahnya. Dan jika yang buruk pula menimpa, pun pasti ada ibrahnya untuk hari ini dan masa depan.
Jika nak dapatkan buku ini boleh dapatkan di Shopee. 🙂
Geramlah tengok buku2 ni, mesti rasa nak beli jugak hehe
Mereka yang ada bisnes wajib baca buku ni. Jadikan sebagai penjentik semangat.
Betul, nak berjaya, jangan fikir kaya je, solat, ada suami kene ade restu suami semua.. Bisnes pun kene banyak membaca, supaya kita tau jalan sebenr bagaiman bisnes
Macam best je buku ni. Nak bisnes pon kena rajin baca dan cari ilmu