jangan tanya berapa kali buka dan ikat neck tie...abah yang excited

Seronok baca gelagat anak-anak yang memulakan hari pertama sekolah. Ada pelbagai reaksi dan ragam. Syukur hari ini anak-anak aku semua berjaya laksanakan tanggungjawab diri sendiri dengan jayanya, termasuk si Sarah yang dah start transit hari ini. tapi ada yang menarik bila balik ANGAH story roti sosej di sekolah jadi mahal. 🙂

Angah – hari pertama sekolah , Yes angah boleh bangun untuk mandi dan bersiap sendiri. Win! Kedua, setelah siap berpakaian dan berwangian terus boleh urus diri, solat dan keluar rumah dengan yakin. Dah tak meragam nak tidur selepas mandi. Tapi ini hari pertama- tunggu next sessi persekolahan

Kali pertama naik VAN

Hari ini kali pertama dalam 3 tahun Along sekolah, mereka naik van. Ini sahaja Van yang ada dan masuk ke kawasan perumahan kami. HARGA sebulan RM200.00 seorang. Ehm.. berbaloi kot kalau nak bandingkan dengan masa nak kejar ambil dan hantar. So, syukur tahun 2020 ini kami dapat buat pilihan yang tepat dan harapnya dapatlah abah dan ummi rehat dan anak-anak juga selesa. Sebab kalau abah yang hantar ALONG sepanjang 2017,2018 dan 2019 menaiki motor. Semoga Allah swt pelihara perjalanan anak-anak kesekolah. (anak-anak orang lain juga).

Roti Sosej Di Sekolah – kenapa mahal , kesalah harga?

Bekalan wang saku hari ini RM3.00 seorang. Katanya Angah beli roti yang ada sosej di kantin. Roti itu berbaloi semasa aku beli semasa pendaftaran darjah 1 hari tu 26/12/2019. Tetapi, kata Angah makcik tu cakap harga hari ini RM1.00 satu..oleh sebab tak puas hati dengan kekeliruan tersebut, esok abah depa akan pergi kesekolah untuk semak harga. huhuuuu

Adik dah terkesan, sebulan rumah meriah dengan kakak dan abang-abang..hehehe . Esok hari kedua- kita mak ayah tunggu reaksi kelas berikutnya. 🙂 well done for today anak-anak.

6 thoughts on “Roti Sosej di sekolah ;RM0.50 jadi RM1 di hari pertama sekolah”
  1. semangat semua ya, aiyan pun semangat je nak ke sekolah… tapi tu lah bab membeli mmg kene tanya betul-betul takut depa pakai bagi je duit tanpa tau harga betul2…

    kesian la si kecik dok menangis sbb takde geng yek

    1. Semoga anak2 nani terus bersemangat untuk menuntut ilmu. Banglong ketua adik2 makin dewasa dah dia .. Moga lebih bertanggungjawap wahai banglong. Alahai sian adik kena tinggal dah. Takpe dik kena kuat okey. Aduhh dah kenapa mahal angat pulak tuu .. Baru jer rm0.50 dah naik jadi singgit. Fuhhh kesian budak2 kan. Takyah la jual mahal2 sangat. Lagipon kat kantin bukan guna sosej jenama RAMLY kot utk buat roti sosej. Lain la kat rumah kita guna RAMLY. .. bertabah ya bangah.. pahni takyah beli laa roti sosej minta umi jer buat hahaha.

  2. Semoga anak2 nani terus bersemangat untuk menuntut ilmu. Banglong ketua adik2 makin dewasa dah dia .. Moga lebih bertanggungjawap wahai banglong. Alahai sian adik kena tinggal dah. Takpe dik kena kuat okey. Aduhh dah kenapa mahal angat pulak tuu .. Baru jer rm0.50 dah naik jadi singgit. Fuhhh kesian budak2 kan. Takyah la jual mahal2 sangat. Lagipon kat kantin bukan guna sosej jenama RAMLY kot utk buat roti sosej. Lain la kat rumah kita guna RAMLY. .. bertabah ya bangah.. pahni takyah beli laa roti sosej minta umi jer buat hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *