sukaneka tadika
Umminani

Rezeki sukaneka tadika, buka peluang lain..

Ya Allah…rasa kekurangan masa. Stres semua ada. Tapi aku bergantung pada Allah. Dia yang jaga semuanya. Termasuk masa dan rezeki aku. Dalam sibuk aku luangkan masa untuk bersama anak-anak ke sukaneka tadika 2019.

Ya, ikutkan sibuk,memang tak habis. Ini pun masa aku menulis, aku just settle kerja di Hotel Bangi Resort.

Okay, sukaneka tadika semalam masa tak lama. Yang penting, anak-anak enjoy. Along seronok berlari bermain dengan Zakkir.

Si Kakak dengan Angah, memang seronok dapat hadiah. Masing-masing excited sangat. Bestlah depa.

Dapat mainan, dan boleh main sama-sama 4 beradik. Sukaneka tadika 2019, rumah kuning menang. Tahniah Kakak dan kawan-kawan. Sukan ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim anak-anak, malah ibu ayah juga. Yer la, ikutkan masa beginilah peluang untuk bersemuka selain di majlis hari raya tadika.

Di sukaneka tadika, aku dapat peluang lain 😉

Kat sini, aku dapat peluang jumpa Pengerusi KRT Semenyih Indah. YaAllah, rezeki juga bila aku luangkan masa dengan anak-anak solution kerja aku datang dengan bantuan Allah.

Aku discuss untuk buat projek komuniti policing dengan KRT Semenyih Indah. And memang itu yang dicari oleh pihak KRT. MasyaAllah sangat senang. Rezeki sungguh, tq Allah..Tq Allah. Alhamdulillah.

Harap lepas ni, segala projek untuk kertas kerja kami akan dipermudahkan juga. Doakan ya.

Bantu anak kenali potensi diri

Melalui aktiviti sukan seperti ini, aku sendiri baru tahu yang anak-anak sebenarnya mereka berpotensi. Si kakak, rupanya lembut juga sendinya. Bijak membuat gerakan badan. Kalau dirumah nampak keras je. hehehe

Lastly, tahniah cikgu dan anak-anak yang berjaya anjurkan sukaneka tadika 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *