Umminani

Genap usiaku 34 tahun

Semalam genap saya ke usia 34tahun.

Lahir dalam sebuah keluarga, bukan keluarga senang. Tapi atas kurnia Allah swt, atas didikan mak ayah dan adik beradik, saya menjadi saya pada hari ini. Syukur sepanjang 11 tahun ini, suami sentiasa menjadi tiang penyokong takkala hampir rebah.

Masih mencari peluang, menapak untuk mendaki tangga kejayaan dunia dan akhirat. Masih mencari guru dan mentor pada usia ini.

Doa saya, semoga masa hadapan lebih bersinar terang dengan rahmat Allah swt.

Terima kasih pada rakan-rakan yang menitipkan doa pada hari ulangtahun kelahiran saya.

Tegurlah andai saya salah, tegurlah andai nampak saya tidak terarah.

Terima kasih pada semua yang sudi menjadi rakan-rakan saya di alam maya dan realiti.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *