Month: October 2017

Surya Malaysia Di Pameran Health Week Bersama Watsons Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim, biasakan diri dengan memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah swt. Dan Ummi nak semua yang baca blog Ummi sentiasa dalam rahmat Allah wt dan berada dalam keadaan dada rasa lapang seluas  taman  dan tasik yang terbentang luas. Ehm, nak tanya apakah yang korang minum untuk detox? Buat sendiri? Bagus . Tapi Ummi dengan kekangan masa Ummi minum ACV. Apa dia ACV? Acv tu Apple Cider Vinegar. Ummi pun nak ajak korang ke Surya Malaysia Di Pameran Health Week di Sunway Velocity Mall, Cheras, kita sama-sama rasa dah ambil tahu tentang ACV dan produk daripada Surya Malaysia.

5 Manfaat dan Khasiat ACV keluaran Surya MALAYSIA.

1) Membantu pencernaan – minum ACV sepanjang bulan puasa amat digalakkan. salah satu manfaatnya sebab ianya sangat membantu sistem pencernaan dan mudah membantu sistem pencernaan untuk membuat proses pelawasan. Kiranya jangan terkejut jika selepas ambilan ACV ini, tak lama beberapa ketika akan terus membuang. Baguskan?

2) Melegakan sakit tekak – Bagi mereka yang sakit tekak , gatal tekak mahupun batuk, ACV sangat membantu. Boleh cuba.

3) Membantu mengurangkan berat badan – Percaya kan? Jika dah muka dicerna, secara tak langsung kita dapat mengurangkan berat badan.

4) Kajian membuktikan bahawa asid asetik yang terdapat dalam cuka epal cider boleh mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

5) Cuka Epal juga membantu memberikan perlindungan terhadap kulit dengan cara mencegah kulit menjadi sangat kering. Namun begitu , bagi merek yang memilik kulit sensiitf tidak digalakkan menggunakan ACV.

Surya Malaysia Di Pameran Health Week

Apa yang menarik, kak Saidila , penulis Blog SAIDILA.COM, ajak Ummi dan beberapa orang lagi blogger meraikan dan bersemuka dengan PAK CIK. haaa, pakcik ni siapa Ummi pun tak kenal. Dan yang menarik, pada 6-9 Oktober ini ,  elain dari promosi produk , akan ada aktiviti istimewa juga sempena Health Week bersama Watsons Malaysia . Katanya roadshow di Sunway Velocity Mall , jadi Ummi terus la setuju. Sebab dah masukkan dalam jadual minggu ini untuk jalan-jalan dengan anak-anak dan suami. Kira pelawaan dan ajakan ini kena pada waktunya.

Lagi menarik , katanya di sana nanti boleh cuba sendiri rasa produk keluaran terbaru daripada Surya Malaysia. Produk ini adalah Air Klorofil dengan rasa Pic dan Air Klorofil dengan rasa Laici. Bunyinya macam pelik ,tapi dah tak sabar nak mencuba. Biasanya bila sebut klorofil, dah terbayamgkan air kosong dan masukkan titisan klorofil. Selepas itu air berubah jadi hijau. Oleh sebab ini ada kelainan, makin bertambah teruja lah nak tengok dengan mata, nak merasai sendiri kehebatan rasa dan pastinya nak dengar sendiri daripada pihak Surya Malaysia tentang produk baru mereka.

Ringkasnya Surya Malaysia memasarkan produk yang :

Affordable – berpatutan

Improved Taste – rasa tiada tandingan

Healthy – menyihatkan

HALAL Certified – ada sijil halal

Jadi bagi siapa yang ada kelapangan waktu dan masih merancang nak kemana hujung minggu ini, boleh la kita berjumpa di Sunway Velocity Centre Court nanti. Kita selfie ..hhehe, okay , ini ada maklumat lanjut untuk program hujung minggu ini.

Surya Malaysia Di Pameran Health Week

Lokasi : Sunway Velocity Centre Court

Tarikh : 6 Oktober – 9 Oktober

Tarikh Penampilan Khas Pak Cik : 7 Oktober

Masa : 2pm – 3pm

Faceebook : @Surya.Malaysia

Instagram : @surya.malaysia

#SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu #SuryaMalaysia

 

Rahsia rambut lembut, tak berbau dan menyegarkan walau bertudung ada di Hairdepot

“Ummi ,bau apa pelik ni!” Seram! Kisahnya terjadi sekali jer, sebab bangin pagi terlambat, mandi wajib basahkan rambut.. Dah tu, lap-lap sikit dengan tuala, dah sarung tudung, siap!.

Eleh, bukan Ummi jer pernah buat gitu..haha uols pun pernah, betull? Nak mengaku tak? Ehm, biasa kalau buat tak jadi masalah, cuma bila kena tegur dengan Angah si Laser , sentap mak!. Tengah baring seketika lepas balik kerja, aa’ah memang belum mandi la..niat nak rehat. .

Angah datang “Ummi, bau apa ni.. macam pelik..”. Sambil dia pegang rambut Ummi. ..Terkedu!”Ummi,rambut Ummi bau laa..!’.Aduh! Laser.. ! Terus risau, kalau bangun lambat akan pastikan rambut dikeringkan.. dan mujur la ni ada jumpa pot best punya untuk kelengkapan rambut yang panjang ni..

Nak tau, la pakai tudung 15 jam sehari pun dah tak risau. Dah tak risau kena kritik dengan Angah..Nama tempat yang Ummi dapatkan shampoo, contioner dan mask untuk rambut adalah kat Hairdepot Damansara. Dekat je, kalau pergi ke Ikea, sebelah IKEA je.

Kami semua dah cuba Produk dari Hairdepot –  Umminani, Safurara, Idabaharum, YayaNatsumi, Ema

Selain jual shampoo dan kelengkapan untk rambut ada juga jual peralatan lain. Boleh dapat harga diskuan lagi.. nak tau ke? Ha! Baca sampai habis..hish kalau bab diskaun nak tahu jer kan. Rambut ini kalau kita basahkan pagai dan tak keringkan akan bau masam tau. Korang pernah ke tak kerignkan rambut? Ke lap ala kadar jer guna tuala, dan tuala mandi tu jugalah tuala lap rambut? Ehm, untuk kebersihan dan nak jaga rambut bagi lembut, tak mudah gugur, seeloknya gunakan tuala yang berbeza.

Kat sini, ada jual pengering rambut juga tau. Ini untuk siapa yang tak ada lagi, boleh beli di sini “best price” tau.kalau kat luar, 1 set kenalah sediakan sekurangnya RM300.00 barulah dapat set pengering rambut. Ummi ada 1 set ini pun Mr Suami hadiahkan dulu, dah lama sangat beli. Sebab apa nak tahu? Sebab bila anak ramai, nak biarkan kering bukan mudah, kalau guna pengering 5 minit dah siap walaupun rambut panjang.

Produk di Hairdepot bestnya adalah produk NATURAL.

Ini ada orang snapkan masa mentelaah bnak memilih. Kata Cik Puteri , iaitu pegawai pemasaran produk ini ketika di Hairdepot hari itu, ada dua perbezaan untuk wanita free hair dan juga yang berhijab. Dan bagi kita yang berhijab ini, mereka cadangkan untuk kita gunakan yang pek hijau ini iaitu daripada Olive.

Produk Rambut Wanita Berhijab

Inilah produk yang Ummi share tadi tu, punya lama baca dan tenungkan..dah lama mula la hati berdegup..opss dah macam bercinta la pula.Tapi sebab dah dengar penjelasan Cik Puteri ini sangat meyakinkan Ummi pun beranikan diri mencuba. Produk natural ini bagus sebab dah tahu, chemical kurang dan ianya selamat. Jadi, cubalah..tak rugi pun. Disini ada info lanjut : Review Shampoo Wanita Berhijab

 

Nampak? Tak..huhuu inilah yang Ummi cakap best tu.. birthday ada hadiah, kalau beli lebih RM100 pun dapat hadiah. Malah dapat diskaun lagi. siapa tak nak kan.. mestilah nak..

TESTIMONI :

Okay tadi Ummi cerita pasal barang kan., ini pula testimoni Ummi dah cuba selama seminggu. Huhuu, hati berbunga-bunga tau! Ehm, balik kerja duduk la seketika, sambil membelek pada botol shampoo dan hairmask ini. Hati dah tak sabar nak mandi, tapi geram tu kena tunggu turn..hahah ini biasa dah kalau kat rumah kami, masing-masing malas nak naik ke tingkat 1.

Kali pertama menggunakan shampoo olive ini Ummi hanya buat pemerhatian. Unutk 3/4 hari pertama Ummi pakai, balik petang jer bila dah relax gitu, Ummi usap rambut… “eh, lain macam je rambut ni…” Buat tak tahu je, sebab kita rasa biasa je, sampailah Along cakap, ” Ummi, rambut Ummi macam Sarah la..” Mula-mula tak sedar, tapi bila usap pegang dan rasa , eh betullah rasa licin dan lembut. Sekali lagi cuba bau rambut..ehm..okay segar dan best.

Wajib tahu lagi beberapa perkara iaitu sebabkan produk ini neutral, maka tak banyak buih yang keluar. Pakai sikit dan ratakan keseluruh rambut dah memadai. Puas hati sangat, ini kali pertama jumpa shampoo yang benar-benar menyegarkan rambut.

Lagi satu, kalau pakai hairmask ini seminggu sekalisahaj. Puas hati sangat dengan result yang sedang dialami. Kalau siapa yang suka buat rambut  “donut”, korang pasti lebih teruja.

Okay, kalau siapa yang masih mencari  ini Ummi tujukan pada korang –

“Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa”

Tapi nak cari HAIRDEPOT tak perlu ke hujung dunia.. Klik disini :

facebook : https://www.facebook.com/HairDepot 

website : www.hairdepot.my

Instagram : hairdepot_my

Selamat mencuba !