Karnival Dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 (KEKK2016)
Hari ini kami blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari telah di jemput untuk bersama dengan Noraniza Idris Ratu Irama Malaysia untuk sama-sama ke Majlis Perlancaran KEKK 2016. Ummi pun tak tahu sebenarnya KEKK itu apa. Dan ini kalau nak tahu, kali pertama dengar. KEKK 2016 adalah Karnival Dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016. Program ini bakal bermula pada 24- 26 September 2016. Maknanya hujung minggu ini di MAEPS, Serdang Selangor.
Majlis ini dilancarkan oleh YBHG. Datuk Dr. Pang Chau Leong iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia. Beliau seorang yang sangat fasih berbahasa Melayu. Teruja kami yang berada di dewan mendengar setiap kata ucapan darinya.
Katanya :
“Bidang kemahiran adalah bidang yang telah diterima oleh masyarakat . Itu sebab tema kali ini di pilih adalah sangat bersesuaian iaitu “ Skill For The Brighter Future”.
Ummi teruja mendengar setiap bibik bicara beliau kerana Ummi sendiri sependapat dengannya. Kini peluang kerjaya amat sikit, namun begitu sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran khas dalam hidupnya ianya adalah satu nikmat dan peluang yang baik.
Menurut wakil Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd :
“Sebagai penggiat seni tanah air Malaysia yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama lebih 30 tahun, Noraniza Idris dan NIPVSB komited untuk mengangkat dan mengetengahkan industry muzik dalam kesenian dan kebudayaan ke peringlat Global. Beliau berharap agar KEKK 2016 ini menjadi medium yang boleh menyatukan masyarakat antarabangsa menerusi pertukaran budaya dan seni”.
Skills Of Brilliance @Rythnm of Unity atau Skill Pembangunan Kesenian
Menerusi Pentas Utama kekk , Noraniza Idris Production Sdn. Bhd diberi satu mandat untuk membentuk satu pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills Of Brilliance @Rythnm of Unity atau Skill Pembangunan Kesenian. Ini adalah sejarah apabila kali pertama dibawakna khas dalam ASC dan KEKK. Bagi Ummi ini adalah satu program yang sangat menarik untuk membentuk satu kemahiran seni. Siapa setuju, bukan semua orang ada kemahiran menari kan? Yang pandai menari atau seni dan budaya ini adalah antara mereka yang diberikan keistimewaan.
Tahniah untuk Kak Ani dan NIPVSB atas satu mandate yang amat besar. Ini jelas bagi Ummi, NIPVSB adalah satu syarikat yang berpotensi membawa jenama Malaysia ke mata dunia. Tahniah.
yup menarik.. insyaAllah hujung minggu ni nak p ushar tgk
Suka tengok tarian semalam. Hari sabtu ni nak ke sana lagi la..
Dekat rumah jer ni…arini boleh pi jengok ni.
seronok tgk berzapin,sib baik tgh membuyung hahahaha
Wah kak ani and team tahniah, juju peminat kak ani. Tak sangka di beri mandat cm ni…terbaik!