Hai semua! Hari ini terpanggil nak berkongsi satu fasa yang betul-betul buat rasa rendah diri sebelum ini. Kisahnya bermula masa fasa sibuk belajar dulu. Tambah pula masa itu rajin sangat bereksperimen di dapur—buat kek, bakar roti, dan sudah tentu terlelap makan manis bergula. Sedap memang sedap, tapi balasannya… kulit muka mengamuk teruk! Dilema betul bila muka breakout dan ada parut degil.

Jerawat mula naik mendadak, terutamanya di kawasan bawah dagu dan rahang. Apabila jerawat beransur pulih, ia meninggalkan masalah baharu yang jauh lebih mencabar: kesan parut jerawat yang gelap dan degil. Setiap kali bercermin, rasa ralat sangat melihat tekstur dan tona kulit yang tidak lagi sekata.Bila aply make up pun, make up jadi bercapuk dan tak smooth. Tak cantik, stress!
Tuntutan Tugas: Kenapa Penampilan Kemas & Segak Itu Penting?
Bila make up tak cantik, keyakinan kurang. Malah, sebagai seorang pegawai kanan polis, penampilan bukan sekadar soal rupa semata-mata, tetapi cerminan disiplin, autoriti, dan kredibiliti diri.
- Cerminan Imej Pasukan & Keyakinan Diri: Setiap hari berurusan dengan pegawai atasan, rakan sejawat, dan masyarakat. Penampilan diri yang segak, kemas, dan rapi mencerminkan tahap keperibadian serta kesiapsiagaan kita memikul amanah.Tambahan lagi, kalau kami yang beruniform ni, mesti nampak smart sentiasa.
- Karisma & Autoriti: Kulit wajah yang bersih dan terjaga memberikan aura keyakinan yang meyakinkan ketika mengendalikan mesyuarat, mengetuai operasi, atau menghadiri majlis rasmi. Sebab mesyuarat bukan Sahaja melibatkan mesyuarat dalaman, kadang tu mesyuarat dengan jabatan lain, malah jika ada event besar eperti persingan ASEAN dan lain-lain , kami kena berdepan dengan pelbagai lapisan Masyarakat tanpa mengra negara.
- Masa Bersiap Lebih Cepat: Bila kulit bermasalah dan dipenuhi parut, banyak masa terbuang untuk cuba menutup cela sebelum memakai uniform. Kulit yang sihat dan berseri memudahkan rutin harian tanpa perlu berselindung di sebalik lapisan mekap tebal. Jadi, penting untuk ada kulit yang sihat dan cantik. Bila kerja di lapangan, make up simple dan nipis dah memadai , jad kalau boleh cela mesti minima sahaja.
Solusi Terbaik: Hilangkan Parut Dengan Pico Laser
Target utama sekarang jelas: nak pudarkan kesan parut jerawat sepenuhnya dan pada masa yang sama mahu wajah sentiasa tegang, anjal dan tidak lah berpeta dengan bekas parut. Malu tau, nak berdepan dengan orang.Jadi mau tak mau kena cuba juga nanti Pico Laser.
Bila Google Jadi Penyelamat: Terjumpa Klinik Dr. Bazilah
Bila dah tak tahan tengok cermin, terus buat research dan godek Google untuk cari rawatan kulit profesional. Terkejut juga sebab rupa-rupanya ada satu klinik estetik yang ramai sangat bagi maklum balas positif, iaitu Klinik Dr. Bazilah. Baca testimoni, alhamdulillah ianya sangat membantu dan memenuhi jiwa yang sedang meronta nak dapatkan kulit sihat dan tegang.

Bila selidik lanjut servis mereka, memang menyeluruh dan bukan sekadar rawatan asas biasa. Antara masalah dan rawatan yang mereka tawarkan termasuklah:
- Masalah Kulit: Jerawat pasir, jerawat aktif, parut jerawat (acne scars), pigmentasi, melasma, dan keloid.
- Kawasan Mata & Rambut: Masalah lingkaran gelap bawah mata (dark circles) serta keguguran rambut (hair loss).
- Rawatan Estetik Moden: Pelbagai jenis rawatan laser canggih, dermal filler, dan HIFU (High-Intensity Focused Ultrasound).
Rawatan Paling Menggoda: Piso Laser
Selain rawatan untuk hapuskan parut jerawat degil aku tu, ada satu rawatan yang betul-betul menarik perhatian: Pico Laser. Dari hasil bacaan, Rawatan Pico Laser (Picosecond Laser) merupakan teknologi laser terkini yang menghantar tenaga cahaya dalam denyutan masa yang sangat singkat — iaitu satu per trilion saat (pikosaat). Uiii, laju sungguh.
Bagaimana Pico Laser Berfungsi?
Pico Laser bertindak melalui kesan mekanikal foto, yamg mana ianya Memecahkan Pigmen Secara Mikro: Tenaga denyutan pantas menghasilkan gelombang tekanan akustik yang menghancurkan pigmen gelap (jeragat, bintik hitam, bekas parut jerawat) kepada zarah-zarah halus seperti debu. Patutlah, parut cepat hilang. Menarik bila baca tentang Pico Laser ni.
Selain itu, ianya akan melalui proses semula jadi badan yang mana zarah-zarah pigmen halus ini kemudiannya mudah disingkirkan secara semula jadi oleh sistem imun badan.
Tenaga picosecond turut merangsang lapisan dermis untuk menghasilkan kolagen dan elastin baharu tanpa merosakkan lapisan kulit paling luar, membantu mengecilkan liang pori dan memudarkan garis halus. Jadi, inilah antara yang membantu dalam menghilangkan parut di muka,
Kenapa nak sangat rawatan pico laser?
Secara umumnya, bila baca, teknik di gunakan tidak menyakitkan dan sangat mudah ditoleransi.
Sebelum prosedur dimulakan, lapisan krim kebas gred perubatan disapu pada kulit selama 20 hingga 30 minit. Ini mengurangkan deria rasa pada permukaan kulit dengan ketara. Kita yang dapatkan rawatan pico laser hanya akan merasakan sedikit sensasi seperti getah yang dijentik perlahan pada kulit atau rasa suam/panas minor. Disebabkan tempoh tembakan laser sangat pantas (pikosaat), kulit sekeliling tidak menyerap haba yang berlebihan. Ini mengurangkan risiko rasa pedih atau terbakar. Wah, menarik ni, langsung tak rasa sakit kalau begitu.
Hasil Pembacaan Pengalaman Rawatan di Klinik Dr. Bazilah
Mana-mana yang dah dapatkan rawatan share, Doktor estetik perubatan bertauliah (berdaftar LCP) akan menilai dulu masalah khusus kulit (contohnya jenis jeragat, kedalaman pigmentasi, atau parut) untuk menetapkan berapa panjang gelombang (wavelength) dan tahap tenaga yang tepat.
Wajah dibersihkan dan krim kebas disapu mengikut tempoh optimum. Dan prosedur tembakan laser mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit bergantung pada keluasan kawasan dan jenis masalah. Selepas itu, kulit akan diberikan rawatan penenang (seperti cooling mask atau serum hidrasi) untuk mengurangkan sebarang kemerahan ringan. Kulit kita mungkin kelihatan sedikit kemerahan seperti berjemur selama beberapa jam hingga 1–2 hari pertama, namun daripada pengalaman orang ang dah dapatkan rawatan , kebanyakan individu boleh terus kembali bekerja atau melakukan aktiviti harian. Cuma doctor nasihatkan, supaya elak penggunaan bahan aktif keras (AHA/BHA/Retinol) selama 3–5 hari, kekalkan kelembapan kulit dengan pelembap lembut, dan disiplin memakai pelindung suria (sunscreen SPF 50) setiap hari.
Menarik, parut lebih cepat hilang kalau macam ni. Yang penting tak sakit..jom , ada sesiapa nak join?
Cawangan Berdekatan: Tak Sabar Nak Manjakan Kulit!
Satu lagi perkara yang buat rasa lega adalah lokasinya yang sangat mudah diakses. Bila lokasi dekat dan reputasi doktor pun meyakinkan, memang tak ada alasan lagi untuk bertangguh pulihkan keyakinan diri. Nanti bila sudah rasmi buat rawatan di sana, pasti akan ada perkongsian lanjut untuk tengok perbezaan sebelum dan selepas.
Hasil carian cawangan Klinik Dr. Bazilah:
- Bangi (Cawangan paling dekat, sangat mudah nak singgah!)
- Kuala Lumpur
- Shah Alam
- Kota Warisan (Sepang)
Bagi yang ada masalah jerawat degil atau teringin nak kembalikan keanjalan kulit, bolehlah mula intai rawatan yang sesuai di Klinik Dr. Bazilah.
Klinik Dr Bazilah, Cawangan Kota Warisan
45-G, Arena Warisan Putri,
Jalan Arena, Kota Warisan ,
43900 Sepang, Selangor
📞03-20116605
Klinik Dr Bazilah, cawangan Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
📞 03-8922 9681 / 📱 011-1590 5931
Klinik Dr Bazilah, cawangan Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13,
Shah Alam, 40100 Selangor.
📞 03-5035 7359 Hospital& Pusat Rawatan
Klinik Dr Bazilah, cawangan Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Estetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul,
8 Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
📱 013-817 7005
Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 6.00 petang
Saluran Rasmi Klinik Dr Bazilah
📱 WhatsApp: wa.me/60196571563
🌍 Website: www.klinikdrbazilah.com
📘 Facebook: @klinikdrbazilah
📸 Instagram: @klinikdrbazilah
🎵 TikTok: @klinikdrbazilah