Bercuti di Melaka seronok sebenarnya, kalau saya sendiri dah lama tak bercuti kesana. Sekali pergi hari tu, meriah Melaka sekarang dan terdapat pelbagai tarikan. Untuk bercuti di Melaka bajet adalah salah satu keutamaan saya dan keluarga. Untuk itu, pemilihan hotel antara yang amat penting mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan keluarga. Salah satu tempat menginap yang mudah adalah di Cozy Riverside Hotel.
Walaupun hotel ini nampak tak menarik seperti hotel lain, tetapi kemudahan disediakan dengan baik. Tilam, tuala dan tv pun disediakan sebaiknya. Overall kebersihan bilik pun TikTok. Tempat lawatan mudah dan senang untuk access ke bandaraya Melaka.
Untuk nak chill and happy di petang atau malam hari, boleh singgah dan menyaksikan keindahan sungai di kafe terletak tak jauh daripada suasana malam yang meriah. So kalau nak datang Melaka datanglah pada minggu pertama setiap bulan, katanya ada pameran larut Malam di sekitar bandaraya. Menarikkan, rasan nak enjoy? Kenalah melawat muzium atau minum kopi di tepi sungai Melaka