5 hobi yang ubah hidup

Nak meratap tiada kesudahannya. Bila buka akaun bank, ehmm, tak tahu nak sedih atau nak gembira. Pejam celik, hari-hari kerja, berpanas berhujan, mengharungi sesak jalan raya, sedar-sedar semak akaun bank, bayaran rumah pun naik. Termenung melihat rekod bayaran, dari April ke Ogos 2022 ; kenaikkan RM100.00. Banyak dan besar nilainya.

Itu baru loan rumah, belum kenaikkan yang tak berapa nampak, harga barang naik RM0.20 /0.50/0.90 …

Jadi apa nak buat? nak terus mengeluh? Nak meratap? Ingat tiada siapa pun nak datang sedekah tiba-tiba pada kita, melainkan bangkit dan usaha.

Buatlah apapun yang boleh tukarkan minat dan hobi jadi duit. apa hobi tu?

5 hobi yang boleh ubah hidup : JADIKAN 5 hobi ini sebagai pengubah masa depan :-

1) Hobi yang boleh tukarkan kepada nilai duit.

Menjahit, baking atau pun menulis ( www.umminani.com ) . Ada sahaja orang nak beli, waima sandwich telur letak di pejabat, time lapar beli juga walaupun 1 pek RM3.

2) Hobi membaca yang boleh tingkatkan nilai pemikiran.

Membaca membina nilai dan jati diri. Pemikiran akan lebih luas, bila bercakap takkan bunyi seperti ting kosong yang diketuk.

3) Hobi yang boleh jadikan nilai diri lebih kreatif.

Daripada minat benda sekecil-kecil benda yang comel, boleh jadikan duit dan nilai harta yang berguna dan menjana kewangan. Buat basket buah RM30 pun ada je orang nak.

4) Hobi yang boleh tambahkan ilmu pengetahuan dan iman.

Bosan membaca, cari la hobi layan tiktok , youtube atau fb lives yang memberikan manfaat, Sekurang-kurangnya ada 10% input masuk dan dapat tingkatkan ilmu dan pengetahuan. lebih baik tambahkan iman.

5) Hobi bersukan yang boleh menyihatkan badan.

Tak guna ada semua, jika tubuh badan tidak sihat. Sihat datang daripada akal dan akan pergi kepada jasmani. Sihat akal , sihat tubuh badan hendaknya. Jangan badan sihat, slim melim, tapi akal tak sampai paras normal manusia.

Semoga ada cahaya didepan. Man jadda wajadda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *