NASIHAT KEPADA DIRI SENDIRI:
1) Marhaen tak boleh banyak merungut. Kena rajin bekerja. Beras tak turun dari langit tiba-tiba. Kita bukan anak menteri. Sila sedar diri.
2) Elak jadi sempurna. Kita bukan Nabi. Cuma usaha untuk buat perkara yang betul, dah cukup. Tak susahkan orang, itulah bahagia.
3) Buat je salah, kemudian belajar dari kesilapan diri. Asalkan tak sentuh hak sesiapa.
4) Fokus kepada matlamat. Setiap hari tanya diri, apa yang aku buat ni membantu ke arah matlamat tak?
5) Jangan berhutang, elak meminta-minta. Sikap suka menadah tangan jangankan orang, mak bapak pun boleh naik menyampah kat kita.
6) Be kind to others but be strict to ourself. Hidup kena ada rutin dan disiplin. Rancang dengan teliti apa saja yang hati mahu. Buat betul-betul.
7) Pasangan dan anak-anak cuma pinjaman. Kita mesti pandai berdikari. Mudah mudahan tak jadi pesara sedih diusia tua nanti.
8 ) Jangan takut beritahu satu dunia impian. Ianya pengumuman yang akan menjadikan kita buat komitmen untuk “TERPAKSA BERJAYA”
9) Bina circle. Berkawan dengan orang yang faham bahasa kita.
Ianya lebih memudahkan perjalanan.
Orang business tak sama dengan orang makan gaji.
Orang makan gaji + buat business tak sama dengan orang buat business semata-mata
Orang makan gaji + buat business tak sama dengan orang makan gaji semata-mata.
10) Kalau penat, perlahankan rentak. Kalau sedih, mengadu kat sejadah diam-diam. Kalau lapar, makan. Mengantuk? Tidur. Mudah je hidup, jangan nak buat payah.#apeni?
11) Lapangkan rezeki dengan memberi. Tanya pasangan dan keluarga. Apa impian mereka? Hargai dan tunaikan impian orang yang sentiasa menyokong kita.
12) Jangan lupakan orang yang bersama kita ketika susah. Dan jangan lupakan orang yang meninggalkan / menjatuhkan kita ketika susah. Kedua-dua ini guru yang terbaik.
13) Perut yang lapar. Keinginan yang tidak ditunaikan. Ini adalah sebab yang cukup kuat untuk bangkit berkali-kali.
14) Semua masalah akan berlalu. Peluang sentiasa datang dan pergi. Semakin cepat move on, semakin banyak peristiwa baru akan dicipta.
15) Kalau perlu terbang berjuang sorang-sorang, terbang je la. Tak payah tagih simpati sesiapa. Yang terbang ramai-ramai selalu bisingnya banyak.
FB : MARLIA RAMLI