Kita tak tahu jln cerita sebenar. Dulu…… ayah aku sendiri hanya pekerja buruh ladang tebu ja pun …hari² berpanas …berhujan. gaji tak seberapa, barang kemas mak? Tak sempat nak pakai dari muda sampai ke TUA, sebab nak sekolahkan anak². Nak bagi anak pendidikan, nak suruh mengaji…belajaq…

Org tua kata, “biaq aku susah takpa, esok² hampa ada kerja,ampa senang…boleh hidup..”… bab barang kemas ni lah yang prof mungkin maksudkan, sebab dia dulu juga mungkin lalui situasi sama..La ni… kalau susah, macam² bantuan ada, ada laptop kerajaan bagi…ada duit bantuan dll. Kalau budak U cakap sem 5 tak ada laptop, kalau aku pun marah .. sebab HEP ada, zakat ada…utk mohon bantuan…

Keluarga X mampu? bukan menyerah gituuu je.., p serah diri pada HEP…p tanya, lepas satu tempat p tempat lain…ada je bantuan utk student. Ada zakat ada macam². Mungkin ini yang prof juga maksudkan.Yes, aku setuju kata² prof tu…maybe dia terlepas cakap, yes SALAH dia…orang marah sebab dia bahasakan orang susah atau B40 macam tu, but then, that is the only way dia nak bagi budak tu bangkit… budak u dh mature kot, dah boleh cakap tanya orang sana sini. Atau mesti ada jalan lain..

MESTI ada jalanlah!

Kita tak tahu cerita sebenar, bukan je dalam hal ini, tapi dlm pelbagai keadaan lain.. dan kalau pun lect macam ni wujud…sebenarnya orang macam proflah yang biasanya menghulur bantuan dibelakang tanpa orang tahu. YER depa yang benci kita tu, tak tahu pun yang di sedang dibantu!!!!Biar prof /dia dicaci dimaki tetapi dia tahu semua tu untuk kebaikkan.

Sama kita, kalau asyik2 berlembut dengan anak, anak spoiled juga, ada masa WAJIB tegas! Apapun ada pihak yang salah, yang marah² kan Prof dengan bahasa tak patut…pun salah. Yang si adik ‘U’ pun salah. Miskin tak salah, salah sebab sikap…yang serious akan terus berusaha…

Ada pelajar yang buat dropship ,ada yang jual mcm² ada yang buat servis, ada yang part time kedai makan dll… 5 sem bermakna 2 tahun lebih dah dia belajar tanpa laptop/pc…. so…mesti ada salah dimana²….jgn salahkan prof sahaja..

Aku Bukan backup prof, tapi aku pernah dimaki dihina dari kampung…budak kampung dsbnya, sebab dihinalah aku teruskan usaha. Yang maki yang jadi keyboard warrior bukan orang jauh pun..tapi kalau ikut tu dekattt ja dengan kita ni. PEDIH ,Sakit! Tapi yang ubah diri bukan orang dan persekitaran, tapi diri sendiri. Apa kita fikir, pasti boleh, Allah swt mengikut sangkaan hambanya.

Orang yang menghina tak kemana, yang dihina kalau nak berubah akan maju kedepan. Ingat KARMA bukan KURMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *