Ya Allah syukur, hari Sabtu lepas ,memang unplan, tapi terus jadi. Malam hari Jumaat tu, memikirkan lokasi nak berhujung minggu dengan anak-anak. Sehinggalah jam 1230mlm@0030hrs / 12Okt2019 terbaca blog tentang Pulau Ketam, Klang.
Parking
Kalau orang awam, boleh park di luar kawasan Balai Polis Pelabuhan Klang. InsyaAllah selamat. Ada juga kawasan parking dalam kawasan jeti.
Pulau Ketam, Klang – Harga Tiket
Harga tiket
Dewasa Rm18.00 (pergi balik).
Kanak-kanak Rm10.00 (pergi balik).
Trip ke Pulau Ketam – best naik boat, selesa dan maju jer kat sini
Perjalanan kami menaiki feri Ali Baba2. Selesa dan penting ada bahagian open kat atas.
Mulanya kami duduk di bawah, tapi memandangkan kat atas lebih cool dan selesa, satu keluarga kami memilih untuk berada di bahagian atas.
Seronok tau, sebab dapat rasa angin pulau dan dapat lihat pemandangan dengan jelas.
Perjalanan ambil masa 40minit. Ada perhentian Jeti Pulau Lima. Jangan silap, jeti Pulau berada tak jauh daripada perhentian ini. So, kami bernasib baik tanya, kalau tak memang ada masalah la juga. Hahahaha, bukan apa teruja tahap maksimum. 😆
Perhentian Jeti Pulau
Kami sampai sahaja jeti Pulau Ketam, teruja sebab banyak sangat basikal. Dan nak mudah ada basikal elektrik. Tak penat mau mengayuh jika gunakan basikal elektrik ini.
Tibanya kami di Pulau , kami terus menghala ke Sea Lion Hotel. Even, booking nak stay in Sea Lion Homstay, check in masih di Sea Lion Hotel.
Kos hotel menggunakan Traveloka : Rm137.97.
Dan sewaan basikal elektrik bagi pakej yang sama Rm50.000 bagi sebiji basikal. Tapi, jika sewaan sejam kos Rm20.00.
Keadaan Sea Lion Homestay :
Kami dibawa ke Sea Lion Homestay oleh staff Sea Lion Hotel. Sebenarnya management sama.je, cuma kita boleh pilih nak stay in hotel atau homestay.
Okay, sebabkan kami dah stay di Sea Lion Homestay, so aku review la Sea Lion Homestay okay?
Bagi aku harga bagi 1 bilik dengan 2 katil Queen dengan Rm137.97 berbaloi. Lagi satu, bestnya homestay ini sebab ada ruang lepak, ada buaian, ada meja untuk bersidang dengan family dan keluarga kita. Serius berbaloi tau.
Aktiviti di Pulau Ketam, Klang
Hari pertama memang teruja. Selepas berehat seketika, kami terus semangat naik basikal untuk merayap di Pulau ini.
Satu yang best, kat sini walaupun rumah banyak tapi sunyi je. Korang nak jalan ke mana-mana pun bebas. Dengan basikal.
Pengangkutan di Pulau Ketam
Jika ke Pulau ini, pengangkutan utama adalah basikal elektrik ini atau berjalan kaki. Jadi kalau pergi ramai-ramai pastikan ada yang boleh bawa basikal elektik. Jika tak berani atau tak boleh bawa basikal elektik sukar untuk merayap dari satu lokasi ke satu lokasi. Yang menarik suasana di sini memang aman damai, majoriti memang naik basikal elektrik. Tiada kereta besar.
Aku mula-mula, takut juga, tapi lepas dah serasi dengan basikal elektrik tu, best owh. Langsung tak rasa takut. Tapi kan, korang pastikan basikal elektrik korang banyak power tau. Sebab aku punya basikal kekurangan power, adoi jenuh nak seberang jambatan. 😅.
Tapi takpa, dimaafkan lah…sebab ini first time kan. Hahaha rasa semput basikal aku nak redah jambatan. 😖
Simpang utama dari Jeti Ke Perkampungan Hostel
Ada balai polis tetapi sangat kecil . Ia sebagai simbolik yang ketenteraman awam di jaga disini. Tiada perkara perlu dirisaukan berada di Pulau Kecil ini.
Malam, ini pula suasananya. Memang meriah malam, ada kedai makan cina, dan juga ada aktiviti malam dengan meriah.
Cantik tau, korang kena pergi.
Perjalanan balik
Memandangkan kami dah tak der planning aktiviti, jadi kami bergerak balik feri jam 830pagi. So kami sampai ke Jeti Port Klang dalam 930pagi.
Kami niat nak pergi makan, ke Warong Pak Din, tapi kecewa kedai buka jam 1130pagi. So kami terus balik dan makan di Salman Nasi Kandar,Sg Tangkas.
Korang boleh view video keseluruhan kami disana di Youtube