Sirih Pulang ke Gagang. 10 tahun lalu disinilah Un mula menapak dalam kerjaya.
Jangan lupa dimana kita bermula
Bermula daripada kerja kerani bawahan, sampailah direzekikan dapat kerja sekarang.
Masa tu, naik rapid bus, berulang alik dari Kg Jawa ke Komtar setiap hari.
Pernah satu pagi tu, suasana masih gelap gelita, datang 2 lelaki dengan menunggang motorsikal berhenti depan Un. Masa tu, Un dengan seorang kawan dok tunggu bas. Takuttt kena rompak, apa lagi terus tahan teksi dan pergi dengan teksi ke hadapan Kompleks Bukit Jambul.
Naik bas pula tu lama, sampai terlena la pergi dan balik kerja. Berhimpit belum lagi nak cerita, bau yang tak menyenangkan pun tahan sahaja.
Kena Yakin Boleh Dalam Memimpin
Pelbagai peristiwa Un belajar daripada bawah. Nak jadi pegawai yang bagus bukan mudah, bukan senang nak puaskan hati ramai orang. Tapi Un kena jadi tegas demi organisasi Un, sama seperti Cik Vishant bos Un masa di JKR Penang ni. Dimana kita bermula, kita kena ingat. Sebab perkara susah yang kita alami itulah yang akan jadikan kita kuat dan berani hadapi kenyataan dunia
So, ingat pesan UN hari ni… jadi orang yang bermanfaat pada orang lain. Jadi seperti resmi pari, semakin berisi semakin menunduk. Pilih untuk jadi orang yang dihormati dan disayangi. Insyaallah kita bahagia selamanya. 👮.