• Umminani

    Keluarga bahagia punca dari ayah yang berjaya?Setuju?

    Bukan mudah nak jadi ibu dan ayah yang hebat. Namun begitu bukan susah juga nak jadi ayah yang hebat. Dalam keluarga kecil Ummi ada 3 anak lelaki yang Ummi dengan suami perlu berikan lebih perhatian. Bagaimana nak capai keluarga bahagia? Abah…panggilan anak kepada suami. Begitu besar pengorbanan yang kadang tanpa Ummi sendiri sedari. Dulu mudah bil adanya bibik, segala kerja rumah urusan bibik. Namun, bila bibik dah balik ke Medan kami terpaksa melakukan sendiri. Urusan rumah, urusan siapa? Isteri atau suami? Ya, lelaki kurang bercakap dan bersembang kosong! Ummi akui..dan suami pula bukan jenis yang suka buang masa begitu sahaja. Setiap masa pasti akan digunakan untuk perkara yang terisi. Ummi?…